Penantian rakyat Malaysia untuk mencuba masakan Mexico di restoran fast food terkenal dunia, Taco Bell berakhir apabila ia dibuka kepada umum bermula hari ini (2 April 2021) di cawangan pertama mereka di Cyberjaya.

Mengapa Cyberjaya dan bukannya di tengah ibu kota Kuala Lumpur sebagai cawangan pertama Taco Bell? Menurut wakil daripada Taco Bell, mereka mahu jadi lain daripada yang lain dengan memilih Cyberjaya sebagai lokasi pertama Taco Bell di Malaysia.

Tetapi lokasi bukan satu masalah kerana rakyat Malaysia suka mencuba sesuatu yang baharu. Yang penting sekiranya anda jauh dari Cyberjaya, adakah berbaloi untuk memandu ke Cyberjaya untuk mencuba Taco Bell? Jawapan kami adalah ya.

Menjadi antara yang pertama mencuba menu Taco Bell ini Rabu lalu, kami yakin menu di Taco bell ini dapat diterima semua. Kena dengan tekak kita senang cerita. Jika anda pernah makan taco di restoran berkonsep makanan Mexico seperti Chili’s sebelum ini, anda pasti akan boleh terima rasa makanan di sini.

Jika anda ke sini set paling anda cuba adalah set hidangan signature mereka, Taco Supreme Combo. Kulit taconya sangat rangup dan apabila digigit, memang lain macam kerana kami tidak pernah cuba macam taco versi rangup sebelum ini. Ditambah pula dengan sayurnya yang fresh, memang sedap dan rasa sihat untuk dimakan.

Taco Supreme
Taco Supreme yang crunchy
Taco Rice bowl
Taco Rice Bowl Yang mengenyangkan

Kedua adalah Bell Rice Bowl. Khas untuk pasaran Malaysia, set nasi ini hadir dengan sambal! Set Bell Rice Bowl ini diberi twist nusantara supaya ia boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Menu all-in-one ini ada sayur, nachos, nasi dan sambal menjadikannya hidangan yang mengenyangkan. Tidak terlupa black beans dalam set nasi ini memang sedap.

Sekiranya anda kurang gemar dengan rasa sayur segar dan mahu makanan anda masak sepenuhnya, jangan risau kerana anda boleh pilih set Crunchwrap Supreme, Chicken Quesadilla, Chickstar atau Grilled Stuft Burrito. Kami yakin, anda akan pesan kembali menu ini di masa akan datang terutamanya Grilled Stuft Burrito.

Taco Bell Sparkles adalah minuman signature yang memang sedap apabila dipadankan dengan combo makanan di sini. Summer Mint adalah pilihan kami. Segar tekak setiap kali meneguknya.

taco air
Taco Bell Sparkles dalam perisa Strawberry Delight dan Summer Mint
Loaded Nachos
Untuk Sharing, ada Loaded Nachos!
sos
Dua pilihan sos di Taco Bell

Untuk sos pula, dua sos utama mereka adalah Fire! dan Hot tetapi pedasnya mild sahaja. Rasanya sebab lidah kita sudah dilatih untuk makan makanan yang lebih pedas sejak kecil. Apa pun, sos ini adalah penambah flavor untuk setiap hidangan di Taco Bell.

Kalau anda mahu makanan ringan dan boleh dikongsi, ada Loaded Nachos atau Loaded Fries untuk dicuba. Untuk menu hidangan penuh di Taco Bell, anda boleh lihat pada gambar di bawah.

Taco Bell Menu
Pilihan hidangan yang ada di Taco Bell Cyberjaya

Setelah mencuba menu ini Rabu lalu, kami sudah berkira-kira untuk repeat makan di sini minggu hadapan atau tunggu dahulu sehingga crowd sudah reda sedikit. Kami dengar ramai yang sudah beratur sejak pagi kerana mahu jadi antara yang terawal makan di Taco Bell.

Jadi boleh rancang masa perjalanan dan ke Cyberjaya untuk cuba Taco Bell hujung minggu ini. Jangan lupa ajak teman-teman sekali.

P/S: Untuk harga, setiap set makanan di sini adalah sekitar RM12.90 hingga RM15.90 untuk setiap set combo. Sangat berbaloi dengan kesedapannya!

Bulan lalu, Starbucks Reserve terbesar di Malaysia telah dibuka di Damansara. Klik pada pautan di bawah.

Premium Dan Eksklusif, Starbucks Reserve Terbesar Malaysia Dibuka Secara Rasmi Di Damansara

Bagaimana Idea Hebat Tukang Cuci Ini Berjaya Mengubah Nasib Syarikat Frito-Lay