Selepas berdiam diri hampir setahun, Chris Rock akhirnya bersuara mengenai insiden ditampar Will Smith pada acara Oscar 2022.

Hampir setahun selepas insiden itu, pelawak Chris Rock akhirnya bercakap mengenai apa yang berlaku di antara beliau dan Smith dalam rancangan terbaharunya di Netflix, “Selective Outrage.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kamu semua tahu apa yang berlaku kepada saya, terkena Suge Smith. Semua orang tahu. Semua orang tahu,” kata Chris Rock.

“Saya ditampar seperti setahun yang lalu… dan orang ramai bertanya, ‘Mesti sakit kan?` Ia menyakitkan. Saya rasa `musim panas` berdering di telinga saya,” katanya.

Walaupun terdapat tekanan daripada media untuk beliau bercakap mengenai apa yang berlaku, Chris Rock menegaskan bahawa dia tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai insiden tersebut pada masa itu.

“Saya bukan mangsa, anda tidak akan pernah melihat saya di Oprah atau Gayle menangis. Anda tidak akan melihatnya… Ia tidak akan berlaku. Persetankan kata kosong itu, saya ambil kata kosong itu seperti (Manny) Pacquiao.”

Mengenai sama ada tamparan itu menyakitkan, Chris Rock berkata, “Will Smith jauh lebih besar daripada saya, saiz kami berbeza. Will Smith membuat filem tanpa baju. Anda tidak pernah melihat saya berlakon filem dengan tidak memakai baju saya.”

Pelawak itu mendedahkan bahawa tajuk rancangannya juga sebenarnya diilhamkan oleh insiden tamparan tersebut, “Adakah Smith akan mengamalkan ‘Selective Outrage’,” jelas Chris Rock.

Selepas itu beliau menjawab kenapa dia tidak melakukan apa-apa selepas ditampar teruk oleh Smith.

“Saya ada ibu bapa,” jelas Chris Rock. “Saya dibesarkan. Dan awak tahu apa yang ibu bapa saya ajar? Jangan bergaduh depan orang putih,” katanya.

Untuk rekod, isu ini bermula apabila Chris Rock yang hadir ke pentas bagi menyampaikan anugerah dokumentari terbaik tampil membuat jenaka yang melibatkan isteri Will Smith yang kini botak berikutan penyakit alopecia yang dialami.

Jenaka yang dilakukan sekaligus membuatkan Will Smith bangun dari tempat duduk beliau serta berjalan ke arah Chris Rock sebelum menampar muka Chris Rock.

Situasi yang dianggap sekadar ‘jenaka’ oleh sesetengah penonton menjadi tegang apabila Will Smith dengan nada penuh berang memaklumkan kepada Chris Rock untuk tidak lagi membincangkan soal isterinya.

Chris Rock kemudiannya dilihat tergamam seketika sebelum kembali mendapat rentak untuk meneruskan penyampaian.

Insiden yang berlaku sekaligus membuat para penonton dan netizen berteka-teki sama ada insiden tersebut sengaja dilakukan dalam menaikkan rating anugerah tersebut atau sebaliknya.