Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nota Editor : Perkongsian ini asalnya telah dipaparkan di fb wall Dr Shukri Abdullah. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari beliau. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan oleh para ibu bapa dalam menempuh cabaran mendidik anak-anak.

dr-shukri-abdullah

Setandan Pisang.
Dalam setandan pisang kata orang “tak semuanya elok” dan “tak semuanya busuk”.

Lazimnya kalau seseorang ada 6 orang anak, salah seorang “tak menjadi” – bermasalah, tidak maju macam abang/kakak/adiknya dsb.

Jadi? Terima sajalah, apa boleh buat ! SALAH. SALAH. SALAH.

Seperti contoh di atas, seorang dari enam adik beradik tidak menyerlah. Mungkin sedikit bermasalah. Kalau kita anggap tafsiran di atas tepat, maka tugas mak-ayah ialah bersabar sajalah, apa boleh buat kan “dalam setandan pisang tak semuantya elok”.

SALAH. SALAH. SALAH. Kenapa ?

Tafsiran saya. Itu semata-mata UJIAN ALLAH. Kekadang kalau semua anaknya hebat MUNGKIN Mak-Ayah itu naik riak, naik sombong atau lupa diri.
“Kami hebat, pandai didik anak”. “Kenapa kamu teruk sangat, anak kami semua OK apa”. “Laa nak didik anak pun tak tahu, senang aja”

Apabila Allah menguji dengan seorang anak yang tidak menjadi maka mak-ayah itu lebih SENSITIF, lebih FAHAM, lebih TERBUKA kepada Mak-Ayah lain yang anak-anak mereka “kurang menjadi”. Tu satu aspek.

Aspek kedua. Fahaman “dalam setandan pisang bukan semua yang elok” memberi isyarat seolah-olah pisang yang busuk tu dah tak boleh buat apa-apa.
SALAH, SALAH, SALAH.

Kalau kita mentafsir seorang dua anak yang kurang menyerlah macam anak-anak lain sebagai ujian Allah, maka ternyatalah :
Anak itu juga boleh dibimbing
Anak itu juga boleh diasuh
Anak itu juga boleh berjaya
Cuma perlukan usaha yang lebih, beri masa yang lebih, sumber yang lebih, tumpuan yang lebih.

Jadi kalau seorang dari ramai anak lain kurang menjadi, kurang menyerlah serta sedikit bermasalah anggaplah sebagai UJIAN ALLAH. Usah tafsir seperti kita lazimnya mentafsir perumpamaan di atas. SALAH.

Maka, InSyaAllah dia juga boleh berjaya. Sekian adanya.

Like page The Vocket di Facebook untuk lebih banyak kisah menarik dan terkini.

Anda Mungkin Suka