Sejak dunia dilanda dengan pandemik COVID-19, dapat dilihat aspek kehidupan orang ramai yang dulunya dipraktikkan terpaksa berubah dengan cara yang berbeza. Perbezaan ini turut disebutkan sebagai norma baharu.

Jika sebelum ini orang ramai bebas untuk ke mana-mana tanpa perlu memakai pelitup muka, kita tidak lagi. Begitu juga dengan aktiviti keramaian dan konsert di mana aktiviti atas talian lebih menjadi pilihan ketika ini dalam membendung penularan wabak merbahaya ini.

uploadsstorythumbnail1203526eb5571c-5a85-4023-9f44-7b8711d978f9.pngoriginal

CEO Apple, Tim Cook. Sumber: Mashable

Bukan itu sahaja, kehadiran wabak COVID-19 bukan sekadar memberi kesan kepada kesihatan malah turut mengubah cara syarikat-syarikat besar beroperasi. Jika dulunya pelancaran Apple sering diadakan melalui sebuah dewan yang besar dan dihadiri dengan jumlah penonton serta wartawan yang ramai, kini jenama ini juga lebih memilih untuk membuat pelancaran secara atas talian.

Kaedah virtual ini bukan sahaja dipraktikkan Apple, malah syarikat-syarikat besar lain turut menggunakan kaedah yang sama. Berikut merupakan beberapa jenama yang telah menggunakan kaedah virtual dalam melancarkan produk keluaran terbaru mereka.

Memang hebat dan mengagumkan gaya pelancaran jenama-jenama ini melancarkan produk mereka meskipun dilakukan secara atas talian.

Dalam pada itu, tahukah anda terdapat sebuah lagi syarikat anak watan kita yang pernah menganjurkan pelancaran produk setanding jenama-jenama hebat yang disebutkan di atas.

NCIG

maxresdefault (8)

Sekiranya anda merupakan perokok atau penghisap vape, kami yakin anda pasti cukup kenal dengan jenama NCIG. Berjaya menguasai pasaran dalam dan luar negara serta memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa membuatkan jenama NCIG dikenali ramai.

Untuk pengetahuan anda, jenama ini pernah menganjurkan sebuah atur cara iaitu NSummit2 bagi melancarkan dua produk mereka iaitu NCIG V2 dan NPOD V2. Event ini telah mendapat sambutan yang hebat di mana orang ramai telah membandingkan atur cara ini dengan atur cara yang yang dianjurkan Apple.

Bukan sekadar pelancaran produk

Menerusi atur cara NSummit2 pada tahun lalu, jenama ini bukan sahaja sekadar melancarkan produk malah terdapat juga persidangan yang mana ahli panel yang dijemput dibawa khas dari Greece dan Indonesia. Jenama ini juga telah membina sebuah pavilion tertutup di mana didalamnya disediakan segala jenis info tentang bahayanya merokok.

Bukan itu sahaja, NCIG turut membina sebuah replica NStore yang teramat besar di dalam dewan.

Dihadiri 9,000 pengunjung termasuk para selebriti
NCIG NSUMMIT2 003

Sumber: Rafzan Tomomi

Nak tahu apa yang awesome? Pelancaran atur cara ini telah dihadiri hampir 9,000 pengunjung dan pada keesokkan harinya jenama ini turut menjalankan konsert yang membariskan artis-artis hebat seperti Ella, K-Clique, Hujan, Gerhana Ska Cinta, Bunkface dan macam-macam lagi dengan harga tiket serendah RM30 sahaja.

Buat anda yang tertanya-tanya sambutan NSummit2, anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui kehebatan jenama Made in Tampin ini.

Menarik bukan? Pada tahun ini, jenama ini sekali lagi bakal menggegarkan industri menerusi pelancaran produk terbaharu mereka pada atur cara NSummit3.

Berbeza dengan tahun-tahun lalu, pelancaran pada kali ini bakal dilakukan secara virtual dan live from Tampin. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu bersusah payah ke Tampin sebaliknya boleh terus mendengar dan mengikuti pelancaran acara dengan mudah daripada rumah anda sahaja pada hari Sabtu jam 8 malam, 28 November 2020.

maxresdefault (7)

Berdasarkan atur cara NCIG sebelum-sebelum ini, percayalah, jenama ini pastinya tidak akan mensia-siakan anda dalam menawarkan atur cara yang gempak setanding jenama Apple dan Samsung.

Apa tunggu, save the date dan jom tonton atur cara penuh awesome ini! Klik di sini untuk mendaftarkan diri anda. Oh ya! khabarnya NCIG sedia untuk menawarkan wang tunai sehingga RM30,000 buat pemenang lucky draw yang turut serta dalam NSummit3. Ayuh, daftar segera!

Sebelum ini Pak Din pernah berkolaborasi bersama Akeem Jahat dalam mengeluarkan muzik video bertajuk Bukan Senang. Turut dikongsikan, kolaborasi Nasty bersama jenama Converse.

Tonton Video Muzik Rasmi ‘Bukan Senang’ Akeem Jahat Dan Pak Din

Jenama Vape Tempatan Nasty Hasilkan Kasut Khas Bersama Converse

Tonton ‘The Benchmark’, Dokumentari Sulung Daripada Nasty Juice