Khabib Nurmagomedov telah meninggalkan legasi yang cukup besar dalam arena MMA dan UFC. Dia bersara dengan gelaran Juara Kelas Ringan UFC tanpa merekodkan sebarang kekalahan 29-0.

Sepanjang kariernya, Khabib berjaya mengalahkan jaguh UFC yang kuat seperti Conor McGregor, Dustin Poirier dan Rafael dos Anjos. Terbaru, Khabib dikaitkan pula dengan perlawanan menentang McGregor atau Poirier.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setelah berjaya menewaskan Justin Gaethje pada bulan Oktober lalu, Khabib meninggalkan UFC dengan seribu tanda tanya. Kebanyakan daripada peminat mempersoal tindakan beliau yang bersara terlalu awal. Sebahagian daripada mereka pula mahu Khabib melengkapkan kemenangan 30-0.

Selepas bersara..

Semua orang bertanya apakah yang dilakukan oleh Khabib selepas bersara?

Dalam satu temubualnya, Khabib mengulangi hasratnya untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan pertanian. Dia menyatakan bahawa wujud ketenangan hidup apabila dia mula bertani.

Dia berkata, “Saya mempunyai tujuan untuk berada di puncak dan saya sampai di sana. Tambahan pula, saya tidak mempunyai minat yang kompetitif. Tahun depan saya akan lulus. Saya mahu mengikuti program master, mendedikasikan lebih banyak masa untuk belajar,” katanya.

Selain mengejar gelaran sarjana, Khabib juga akan fokus kepada industri pertanian, terutamanya peternakan. “Saya telah membeli biri-biri, saya menjaga ladang saya. Saya mahu bangunkan kawasan ini. Saya mempunyai anak lembu untuk diberi makan,” jelasnya.

Khabib merasakan bahawa setelah dia bersara, dia bebas untuk melakukan apa sahaja. Dia bebas daripada ikatan UFC yang penuh dengan latihan dan perlawanan.

“Saya mahu melakukan apa yang saya mahukan. Saya mahu meluangkan masa dengan keluarga, rakan dan masyarakat [di kawasan] saya. Saya mahu tinggal di kampung saya, ” katanya.

Walaupun Khabib sibuk di dalam dunianya sekarang, bos UFC Dana White nampaknya tidak pernah lelah untuk memujuk Khabib untuk kembali ke arena UFC. White mendedahkan bahawa dia akan berjumpa dengan Khabib dan cuba memujuknya untuk kembali dari persaraan.

Untuk rekod, Khabib, 32 tahun sebelum ini telah mengumumkan untuk meninggalkan MMA setelah mengalahkan Justin Gaethje pada Oktober lalu. Dia berkata bahawa dia melakukan perkara tersebut disebabkan janji yang telah dibuat kepada keluarganya setelah ayahnya meninggal dunia.

Terdahulu, Khabib mengumumkan persaraannya daripada dunia MMA bagi menunaikan janjinya kepada ibu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Tunai Janji Ibu, Khabib Nurmagomedov Umum Bersara Daripada UFC

Lebih Lumayan Berbanding Tewaskan Conor McGregor, Ini Jumlah Hadiah Kemenangan Diterima Khabib Sebelum Bersara

Mahu Lengkapkan Rekod 30-0, Pengurus Beri Bayangan Khabib Bakal ‘Kembali’