Sejumlah atlet Australia didakwa telah merosakkan dinding dan menghancurkan katil kadbod yang disediakan oleh penganjur Olimpik Tokyo 2020. Dakwaan ini sudah sampai ke pihak Jawatankuasa Olimpik Australia yang menyatakan bahawa  insiden melibatkan atlet mereka adalah salah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

Bagaimanapun, Ian Chesterman, ketua pasukan Australia tidak merancang untuk mengambil apa-apa tindakan kerana para atlet sudah pun membuat permohonan maaf. Dia turut menambah bahawa kerosakan yang dilakukan oleh atlet Australia itu kecil dan “bukanlah musnah sepenuhnya.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kes yang lain, Jawatankuasa Olimpik Australia mengatakan badan bola sepak kebangsaan dan ragbi sedang menyiasat laporan mengenai tingkah laku atletnya semasa penerbangan pulang ke Sydney. Bagaimanapun masih belum ada laporan rasmi dari syarikat penerbangan yang membawa pulang atlet terbabit, namun beliau mengambil berat dakwaan beberapa pihak mengenai “tingkah laku yang tidak boleh diterima.”

Terdahulu, The Vocket melaporkan bagaimana atlet Israel, Ben Wanger yang mengambil langkah esktrem dengan merosakkan katil yang diperbuat daripada kadbod bagi membuktikan bahawa katil tersebut kukuh.

Dalam video yang dimuat naik di laman TikTok tersebut, Wanger dan lapan lagi lelaki yang lain menguji kapasiti tempat tidur tersebut. Tempat tidur tersebut difahamkan hancur dilakukan oleh atlet Israel yang tidak bertanggungjawab. Padahal katil tersebut akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.

Setelah kejadian itu tular, pasukan besbol Olimpik Israel meminta maaf di atas kejadian terbabit. Difahamkan bahawa tujuan asal mereka melompat seramai sembilan orang di atas katil tersebut adalah untuk menguji tahap kekuatan katil yang dibuat daripada bahan kitar semula.

Kata Ben Wagner kepada Times Of Israel, mereka tiada niat untuk tidak menghormati tuan rumah dan tujuan mereka hanyalah untuk melihat adakah katil itu kukuh. Wagner menjelaskan walaupun katil tersebut hancur, pasukannya mempunyai katil tambahan untuk mereka. Tambahnya lagi, beliau menikmati tidur di katil kitar semula tersebut dan berharap agar teknologi ini digunakan untuk Olimpik di masa hadapan.

Apa yang anda perlu tahu mengenai katil anti-maksiat, tempat tidur atlet Olimpik Tokyo 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Katil Anti-Maksiat, Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020

‘Kami Hanya Mahu Menguji’ – Atlet Israel Jahanamkan Katil Di Sukan Olimpik Mohon Maaf

Atlet Israel Buat Hal, Hancurkan Katil Kadbod Yang Disediakan Secara Percuma Di Sukan Olimpik