Kamlesh, seorang lelaki warga England dan seorang peminat KFC telah menceritakan pengalaman beliau mengembara ke lebih 50 negara dalam misi mencuba pelbagai resipi masakan KFC.

Menurut laporan Daily Mail, antara negara tersebut adalah Singapura, Turki, UAE, Tunisia, Kuala Lumpur dan banyak lagi. Apabila ditanya mengenai kedai KFC terbaik, beliau menjawab restoran KFC yang terletak di Kuala Lumpur adalah yang terbaik pernah beliau sampai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kuala Lumpur pastinya mempunyai menu yang paling menarik. Saya suka makanan pedas dan mereka mempunyai banyak alternatif pedas.”

Bercerita mengenai minatnya, Kamlesh berkata bahawa beliau meminati KFC bermula sejak dia berusia 12 tahun. Semasa masih kecil, ibunya juga kerap melancong ke beberapa negara luar.

“‘Melancong adalah minat saya yang sebenar dan ia bermula ketika saya masih muda dan ibu bapa saya akan sentiasa membawa kami untuk merasai budaya baharu yang berbeza dengan budaya India British saya.”

Untuk rekod, Kamlesh ada pemenang gelaran KFC Super Fan yang melayakkan beliau untuk memenangi hadiah ayam goreng KFC percuma selama satu tahun. Difahamkan beliau tidak mempunyai sebarang cadangan untuk berhenti dan akan terus mencari KFC yang menarik setiap kali bercuti.