Nota Editor: Perjalanan 3 pemuda yang berbasikal dari London Ke Malaysia kini semakin hampir ke penghujungnya. 3 pemuda daripada Sicksider Malaysia iaitu Muhammad Adeeb, Azrulhan dan Amirul kini sedang merentasi Vietnam dan dijangka akan tiba di Malaysia dalam masa sebulan 2 lagi.

Kali ini Muhammad Adeeb telah berkongsi definisi dan makna pengembara dari sudut pandangan dan pengalaman yang telah beliau dan rakan-rakannya lalui selama setahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

adeeb-1

Merdeka-kah kau?

Selalu orang tanya kenapa basikal bersih, tak berkayuh ke? Kenapa pakaian bergaya, tak takut kene rompak ke? Kenapa tak pakai biasa-biasa macam most traveler lain? Kenapa tidur hotel tak kontra dengan namanya pengembara? Kenapa boleh pergi situ boleh pergi sini, naik itu naik ini, makan itu makan ini, bla bla bla bla.

Mari aku beritahu PENDAPAT aku. Dari kecik aku tak suka jadi ‘normal’, aku tak suka jadi ‘biasa’, tapi itu bukan sebab kenapa aku travel dengan bergaya, kemas, bersih, baik kekemasan diri mahupun pakaian mahupun kenderaan, semua aku jaga.

Jadi mari aku jawab satu-satu, panjang ni nak kongsi, standby popcorn kat sebelah.

Pertamanya, basikal ni kenderaan aku, medium untuk aku guna dalam pengembaraan beribu kilometer jauhnya, bermacam cuaca dan geografinya jadi kebersihan berikan ketahanan jangka masa panjang untuk kenderaan begitu juga dengan seringkali servis.

Basikal aku ni juga seperti minda aku, dia bawa aku ke mana aku mahu, dan kalau kotor fikiran aku serabut, keyakinan aku hilang dan bermacam lagi kekusutan hinggalah basikal aku dibersihkan.

Senang cerita, semakin bersih basikal, semakin tinggi keyakinan aku untuk mengembara. Kalau kata mereka basikal kotor barulah mengembara jauh, adik aku beli basikal baru celup dalam lumpur nanti aku kata dia pusing satu dunia pergi balik tengok kau percaya ke tak.

adeeb-2

Looking for seafood. No halal restaurant, only eat what you can eat

Keduanya, kenapa aku pakai kemas, bergaya, hemsem, macam bukan pengembara tak kontra kata mereka. Bukan sahaja pakaian aku kemas, malah dompet aku pakai pon masih macam masa aku kat Malaysia walaupun dah 2 kali aku beli ‘traveler wallet‘.

Dan soalan tak takut kene rompak, dressup macam orang local, macam orang gila sekalipun, kalau kau muka dah asing tu tetap orang tengok kau macam alien masuk kampung dorang baik kat bandar mahupun kampung.

Aku serah nasib diri aku kat perantauan ni pada Dia je. Baca Ayatul Kursi sebelum masuk negara, bandar, kampung mahupun rumah, tu jangan tinggal, Dia kata 70,000 malaikat jaga kita.

Ketiga, kenapa aku tidur hotel walaupun kadang-kadang tu baru je pertama kali aku pos tidur hotel. Terus-terang dalam journey ni aku tidur bermacam tempat.

SubhanAllah macam-macam orang kalau aku nak cerita panjang berjela, dari orang tempatan kasi tumpang tidur kat rumah mereka dari yang rumah kecil di Germany, rumah besar di Italy, rumah bandar di Turkey, rumah kampung di Kyrgyzstan, rumah atas bukit di Macedonia, rumah-rumah ambassador Malaysia hinggalah ke rumah pekerja embassy Malaysia di luar negara.

Baca: Berbasikal Dari London Ke Malaysia, Mereka Dibantu Lelaki Tua Kaya Yang Sangat Zuhud

adeeb-6

Urban camping, we found a spot outskirts of the city for us to camp. The place has little wind, many mosquito and noise from lorry entering the highway.

I’m thankful to have found a place to sleep but the mosquito and heat tops the list of annoying things in Asia – Amirul Ali

adeeb-5

Kayuh sampai nak tengah malam, dapat pulak hotel murah 3 katil 100¥ tapi semua lengkap and selesa. Tak terlarat nak kayuh siang matahari terik terpacak atas kepala, maybe kayuh sampai lewat malam lagi nampaknya harini.

Tak sabar nak sampai Vietnam, siapa-siapa nak melancong atau travel ke Vietnam roger-roger la ya. Boleh caving or merayap sama-sama.

Dari Masjid sepanjang dari UK ke Kyrgyzstan, rumah orang China muslim yang keluar rumah tidur rumah sedara lain sebab nak kasi aku tidur rumah diorang.

Tidur depan masjid musim sejuk kat Bosnia sampai diberi tidur di bilik mengaji tikar ada heater, tidur dalam belukar kene gigit nyamuk macam pesta sedut darah bagi mereka.

Tidur atas 3000m kaki camping sampai demam 3 minggu, tidur rumah terbiar bersama anjing sebagai peneman, tidur hotel 400Euro semalam agen tourism di Paris bayarkan, tidur hotel mak ayam kat China dan macam-macam lagi lah.

Akhir kata, kau tak perlu pakai compang camping, basikal kotor barai, tidur sepah-sepah untuk mereka gelar kau ‘pengembara’ dan bukti kat orang kau mengembara.

adeeb-3

Our true friendship isn’t what I see with my eyes, it is felt within my heart. When there is trust, understanding, loyalty, and sharing.

I know our true friendship is a rare feeling, but it could be found. It has profound impact on well-being, strength, and quality.

Title pengembara tu untuk semua, kita semua pengembara atas dunia ini. Kau cara kau, aku cara aku. Satu perkataan aku tak nak ada lepas habis mengembara ni iaitu, ‘MENYESAL’, aku menyesal tak buat itu ini, aku menyesal tak pergi situ sini, aku menyesal tak cuba itu ini, aku menyesal tak makan itu ini.

Sekian.

adeeb-7

“I travel in style or I don’t travel at all.” – Augustus Waters, The Fault in Our Star.

Anda boleh ikuti perkembangan terkini kembara 3 anak muda ini di Facebook mereka: Muhammad Adeeb, Mohd Azrulhan dan Amirul Ali.

Baca lagi: Berbasikal Dari London Ke Malaysia, 3 Pemuda Ini Bertemu Anjing Yang Mengajar Erti Sahabat Sejati

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram