Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan pegawai daerah Nabawan menghubungi Jabatan Ketua Menteri dengan segera bagi mendapatkan peruntukan membeli bot untuk murid pergi ke sekolah di daerah Nabawan.

Arahan tersebut dibuat selepas tular beberapa rakaman video sekumpulan pelajar sekolah rendah mempertaruhkan nyawa menyeberangi sungai dengan duduk di dalam tong dan berdiri di atas rakit untuk pergi ke sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penduduk di kawasan itu  menyeberangi sungai dengan cara tersebut kerana jambatan di kawasan mereka telah dihanyutkan dalam satu kejadian banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Jika mereka memerlukan bot, kita (kerajaan negeri) akan meluluskan segera. Saya minta pegawai daerah menghubungi pejabat saya untuk mendapatkan peruntukan membeli bot itu.

“Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup juga komited untuk memastikan jambatan di kampung itu dibina semula,” kata Datuk Seri Hajiji.

Pada Khamis (28 April), Datuk Arthur Joseph berkata bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan kecemasan untuk membaiki jambatan yang digunakan penduduk kampung tersebut.

Memetik kemas kini BFM, Timbalan Menteri Pendidikan Mohamad Alamin berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan terus memantau keselamatan pelajar sekolah itu, walaupun isu itu tidak berada di bawah bidang kuasa KPM.

Sementara itu di Sarawak pula, kos bina jeti yang agak tinggi di Kampung Mutap telah mencuri tumpuan ramai. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Orang Ramai Persoal Kos Pembinaan Jambatan Kayu Bernilai RM50,000 Di Sarawak

‘Sungai Penuh Buaya’ – Faktor Keselamatan Antara Sebab Kos Bina Jeti Kampung Mutap Tinggi

Sumber