Seth Lane baru berusia lima tahun. Tidak seperti kanak-kanak seusianya yang bebas bermain dan bergerak ke sana sini, Seth terpaksa diasingkan dari orang ramai dan diletakkan dalam persekitaran yang terkawal, bersih serta bebas daripada kuman.

Seth disahkan menghidap “Severe Combine Immunodeficiency” (SCID) atau gabungan sindrom kekurangan imun yang teruk. Ia juga dikenali sebagai penyakit gangguan sistem kekebalan tubuh yang diakibatkan oleh kelainan genetik.

Ia terjadi apabila sel darah putih, yang bertanggungjawab melawan jangkitan penyakit, tiada atau tidak dapat berfungsi dengan baik. Akibatnya, sistem kekebalan tubuh menjadi lemah dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan awal dan khusus seperti pemindahan sum-sum tulang.

Seth bakal menjalani pemindahan sum-sum tulang buat kali kedua. Sebagai salah satu usaha menyedarkan orang ramai tentang penyakit SCID ini, Seth telah membuat video khas menggunakan ‘speech cards’, menyeru orang ramai di seluruh dunia menyokong usahanya dengan mengenakan pakaian kuning pada 27 Mac ini.

Video di bawah ini bakal membuat hati anda tersentuh. Jom sama-sama kita sokong usaha Seth ini.

Jangan lupa janjitemu kita 27 Mac 2015 ini ya..
* Snap gambar kita mengenakan pakaian kuning.
* Post gambar tersebut ke Facebook, Twitter atau Instagram.
* Taip #wearyellowforseth

Pasti seronok andai orang kuning Digi turut serta membantu menjayakan misi ini kan :-)

LIKE Facebook The Vocket disini

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group