Jika sebelum ini, kita biasa mendengar nama tempat hiking seperti Broga Hill, kali ini penulis ingin berkongsi port hiking yang sesuai untuk mereka yang ingin hiking secara santai bersama seisi keluarga iaitu Setia Alam Community Trail.

Lokasi Setia Alam Community Trail terletak di projek pembinaan rumah baru di kawasan Setia Eco-Park berdekatan Petron Setia Taipan. Bagi kami trail ini sangat sesuai lebih-lebih lagi untuk mereka yang tiada pengalaman hiking.

photo6133973194823018763

Jangan berasa hairan jika anda lihat ada projek perumahan besar di situ kerana community trail berada di belakang projek tersebut.

Terdapat dua jalan untuk memulakan perjalanan iaitu entrance A & B. Entry A lebih mudah berbanding track B yang agak mencabar dengan adanya loose rock yang boleh dikategorikan medium-hardcore challenge. Disebabkan terdapat dua jalan untuk bukit ini, anda boleh pilih tahap kesukaran pendakian anda. Akan tetapi jarak maksimum track ini cuma 12km sahaja.

photo6093601069176302108

Pada pertengahan pendakian, anda dapat lihat hasil projek pembangunan kawasan setempat. Dalam beberapa kilometer sahaja lagi anda akan sampai di Peak Garden iaitu puncak Setia Alam Community Trail.

Dari puncak, anda boleh lihat Tasik Puncak Perdana dan kawasan Cahaya SPK. Jika menggunakan trail B, jalan ini bersambung dengan Bukit Sapu Tangan, Alam Budiman. Buat anda yang mahukan pengalaman yang lebih menarik serta sudah terbiasa dengan hiking, trail B mungkin menjadi pilihan anda. Pada waktu petang pula, kita boleh menyaksikan sunset yang sangat cantik.

photo6132024941822978302

Kebiasannya pada hari minggu, anda dapat lihat orang ramai hiking bersama keluarga membawa bekalan makanan dan berkelah di puncak yang dinamakan Peak Garden. Harus diingatkan, sampah haruslah dibuang di tempat yang sepatutnya bagi menjaga alam sekitar

Meskipun Setia Alam Community Forest nampak santai dan tenang, terdapat beberapa perkara juga yang perlu diikuti pengunjung.

1. Elakkan hiking seorang diri

photo6096109136803637758

Kemana mana pun anda pergi, jangan pergi seorang diri dan sila bawak telefon bimbit untuk dihubungi jika ada ada apa masalah. Kita tidak tahu apa yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Ajaklah kawan atau pun keluarga untuk turut serta.

2. Jangan beri makanan kepada monyet dan sebagainya

Walaupun memberi makanan kepada binatang dilihat sebagai sebuah tindakan yang baik, perkara ini secara tidak langsung telah mengajar binatang liar yang berada di kawasan setempat untuk meminta makanan kepada pengunjung yang lain.

3. Sediakan peti pertolongan cemas dan alatan lain sebagai persediaan

Malang tidak berbau meskipun kita seorang yang mahir dalam bidang hiking, lebih baik bersedia sahaja dengan kit. Paling tidak jika ada orang lain tercedera, kita boleh hulurkan bantuan lebih-lebih di trail B yang agak tinggi dan mencabar dengan loose rock.

4. Jangan rosakkan alam sekitar dengan buang sampah merata-rata

Alam sekitar ciptaan Allah untuk makhluknya nikmati bersama. Perangai gatal tangan merosakkan benda dan buang sampah ini eloklah dibuang segera. Buktikan kita adalah manusia yang bertamadun dengan mengekalkan alam sekitar sebaiknya.

Sebagai seorang pencinta alam sekitar kita harus memanfaatkan sepenuhnya. Anda boleh tonton video ini untuk melihat panorama Setia Alam Community Trail.