Trend bertanya “What you do for living?” sememangnya menjadi ‘modal konten’ oleh sebahagian TikToker dalam negara dan juga luar negara yang dapat memberikan sesuatu input berguna buat penonton.

Baru-baru ini TikToker dari Singapura, @koocester yang cukup terkenal dengan trend berkenaan ternampak sebuah Lamborghini Aventador S (menggunakan bodykit SVJ) tiba di sekitar kawasan pusat beli-belah dan dia pun segera menghampiri ke pemandu kereta mewah tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Rupa-rupanya pelakon terkenal Aeril Zafrel yang memandu kereta berkenaan. Tanpa melengahkan masa TikToker itu menanyakan soalan kepada Aeril apakah yang dilakukan olehnya sehingga boleh memandu kereta berkenaan.

“Saya berlakon, ada bisnes juga, lepas itu ada buat (video) TikTok sedikit,” terang Aeril kepada soalan pertama yang diajukan kepadannya.

@koocester

📝Sunscreen! He looks so majestic! Had an awesome conversation with him afterwards!

♬ original sound – Koocester – Koocester

Kemudian @koocester menanyakan kepada Aeril apakah perkara yang akan diberitahu kepada dirinya yang muda.

“Saya nak cakap terima kasih, oleh kerana dia (diri saya yang lebih muda), saya ada dekat sini. Oleh sebab dia, saya kuat dan saya berjaya. Saya dapat apa yang saya ada sekarang. Oleh sebab dia juga, saya dapat bantu ramai orang,” terang Aeril.

@koocester meneruskan pertanyaan apakah nasihat yang ingin Aeril sampaikan kepada orang lain (penonton video).

“Pada saya, oleh sebab saya sudah berkahwin. Kalau kamu buat bisnes dengan pasangan anda, saya rasa anda kena setia, sentiasa setia. Fokus kepada seorang sahaja,” katanya.

Jawapan yang diberikan pelakon itu bukan sahaja disambut baik oleh TikToker Singapura berkenaan, bahkan penonton video turut bersetuju dengan nasihat Aeril itu — tanpa kesetiaan, agak mustahil Aeril dan isterinya, Wawa Zainal boleh mendapat kehidupan baik yang mereka dua lalui sekarang.

Sumber Gambar: TikTok @koocester
Sumber Gambar: TikTok @koocester

Netizen turut memuji Aeril kerana mengutamakan ‘bahasa ibunda’ apabila menjawab soalan-soalan yang diajukan tersebut dalam Bahasa Malaysia walaupun TikToker Singapura bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum ini tiktoker Singapura tersebut pernah terjumpa dengan pewaris perniagaan ‘Zaitun’ dan juga mendapat perkongsian menarik daripada beliau. Anda boleh baca di sini.