Perbezaan pendapat terutama dalam memilih makanan mana yang sedap dan tidak sedap itu bukanlah perkara baru malah boleh dikatakan setiap hari akan ada perbandingan makanan mana yang enak atau pun tidak.

Namun, luahan pendapat seorang pengguna Facebook sejak beberapa hari lalu mengenai ‘rasa’ nasi arab Chef Ammar yang dinikmatinya membuat netizen tidak senang duduk.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Dalam kiriman yang dimuatnaik kembali di Facebook Jelajah Nasi Arab Chef Ammar, lelaki tersebut memberi penjelasan panjang lebar kenapa makanan tersebut yang dibeli tidak sama dengan jangkaannya.

“Aku yakin kalau ampa pergi makan kat sepuluh kedai nasi arab atau beriani mamak ke (beriani) gam johor ke, lapan daripada sembilan kedai itu mesti lagi sedap dari ini.

“Aku bukan nak hina rezeki, aku cuba sedaya upaya habiskan, tapi tak berdaya. Setiap suapan aku jadi marah,” tulis lelaki tersebut.

Mengulas lanjut mengenai menu nasi arab bersama lamb shank dan telur saffron tersebut, lelaki itu juga berkata dia tidak ‘menemui’ kesedapan sebenar nasi tersebut.

Ulasan tersebut menurutnya bukanlah ulasan berbayar dan beliau sekadar berkongsikan apa yang dirasakannya malah bersedia untuk menerima reaksi yang hebat atas luahan pendapatnya itu.

Pucuk dicita ulam mendatang

Dan seperti benda-benda lain yang tular di internet, perbezaan pendapat ini sememangnya diraikan netizen-netizen dan mereka tidak menunggu masa yang lama untuk memberikan respon terhadap perkara itu.

Meninggalkan komen di hantaran yang dibuat di page Jelajah Nasi Arab Chef Ammar itu, ada beberapa netizen yang berpendapat lelaki tersebut terkeliru antara nasi arab dan nasi beriani.

keliru1 keliru2

Justeru itu netizen berpendapat ianya adalah tidak adil untuk beliau membandingkan antara dua jenis nasi tersebut kerana ia sememangnya berbeza.

Walaupun mempunyai rupa yang lebih kurang sama dan bahan penyediaan kedua-dua juadah tersebut juga memang sudah berbeza apatah lagi rasanya.

beza1

beza2

Bukan saja dikatakan tidak tahu membezakan nasi arab dengan nasi beriani, malah netizen juga berpendapat kerana beliau sudah terbiasa dengan masakan dari Pulau Pinang atau seperti dikatakan sesetengah netizen mempunyai tekak Penang.

Disebabkan itu beliau dikatakan mempunyai sedikit kesukaran untuk menerima citarasa nasi arab yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia di bazar-bazar ramadhan dan restoran Chef Ammar itu sebelum ini.

tekak1 tekak2

Ulasan itu bukan sahaja menerima pelbagai reaksi, malah penulis hantaran di Facebook Jelajah Nasi Arab Chef Ammar , Abdullah Aiman yang difahamkan menjual kepada lelaki tersebut turut meluahkan rasa terkilan dengan perkara itu.

Malah, lelaki tersebut menurutnya sepatutnya berhubung dengan pihak mereka sekiranya mempunyai sebarang aduan mengenai produk yang dijual pihak mereka daripada membuat perkongsian di Facebook.

“Semalam sewaktu saudara datang di kedai ambil makanan, kami mengalu-alukan dengan senyuman dan doa syukur.

“Saudara ada nombor telefon saya pun untuk saudara adu rasa tak sedap dan sebagainya.

“Tetapi saudara pilih untuk kongsi kepada semua orang dan ajak mereka untuk tidak beli makanan yang kami jual hanya kerana saudara tidak suka rasanya,” jelasnya.

Baca perkongsian penuh oleh Facebook Jelajah Nasi Arab Chef Ammar di sini.

Saudara ada hak untuk kata tidak sedap dan sebagainya kerana kita manusia masing-masing diberi Allah swt citarasa dan…

Posted by Jelajah Nasi Arab Chef Ammar on Monday, 22 June 2020

Membuat ulasan makanan sememangnya berisiko terutama bila berhadapan dengan netizen dari Malaysia. Baca kisah wartawan ini yang ‘diserang’ netizen kerana didakwa menghina nasi lemak di pautan di bawah.

Didakwa ‘Menghina’ Nasi Lemak, Twitter Wartawan Ini Diserang Rakyat Malaysia

Buat Reaksi Menjengkelkan Selepas Makan Latok, Netizen Minta Hormati Makanan Tradisi Sabah

Alicia Amin Jawab Teguran Netizen Berhubung Isu Pakaian Ketika Memasak Rendang

Anda Mungkin Suka