crab-1

Di anggarkan terdapat lebih dari 120 juta ketam mendiami pulau ini dan setiap tahun apabila musim mengawan tiba ketam-ketam ini akan berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

crab-3

Acara ini berlaku setiap tahun antara bulan Oktober dan November. Ketam-ketam merah ini yang tinggal di kawasan lembap di hutan hujan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di laut di perairan pulau ini.

Gambar di atas : Tak takut kena sepit dengan ketam ke?

crab-2

Disebabkan oleh kehadiran ketam yang banyak sewaktu tempoh penghijrahan ini, jalan raya di pulau ini ada yang terpaksa ditutup agar ketam-ketam ini tidak dilanggar oleh kenderaan yang lalu lalang.

Ini lah Pulau Christmas, terletak di wilayah jajahan Australia.

Selain dari keunikan acara ketam berhijrah, pulau ini juga mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau ini adalah bangsa Melayu Cocos. Mereka berbahasa Melayu dan beragama Islam.

crab-4

Okey, kita lupakan kisah bangsa Melayu Cocos di sini. Mari kita tonton ketam yang berarak beramai-ramai ke laut ini.

Inilah ketam yang menguasai jalan raya di sini sekali setahun untuk berhijrah dan mengawan.

Selepas 4 minggu, anak-anak ketam mula menetas dari telur dan akan berhijrah kembali ke hutan di tempat ketam dewasa tinggal.

crab-5

Berikut adalah video ribuan anak-anak ketam yang berhijrah kembali ke pulau selepas menetas.

http://www.youtube.com/watch?v=SLoXDFDeD9E

Lihatlah betapa kecilnya anak-anak ketam ini. Mereka sedang bergerak pulang ke hutan di mana ibu bapa mereka tinggal dengan hanya menggunakan naluri mereka.

Sumber : Christmas Island Tourism dan youtube

Wah wah! Ada yang mula selidik tentang Chrismas Island nampaknya. Boleh lah masuk dalam bucketlist 2015 ye ;)

Like page The Vocket di Facebook