Presiden Universiti Notre Dame, Rev. Theodore Hesburgh, menerima ijazah kehormat sebanyak 150 kali daripada pelbagai universiti dari tahun 1958 sehingga tahun 2000.

Universiti yang ditubuhkan sejak tahun 1842 hanya memberi anugerah itu selepas 32 tahun beliau memegang kerusi tersebut sebagai presiden yang ke-15 (1952–1987).

Ijazah kehormat memberi mesej signifikan atas sumbangan yang luar biasa dalam bidang yang tertentu oleh penerimanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menerima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Pertanian atas inisiatif beliau membawa kembali polisi pertanian negara di bawah pentadbiran yang singkat.

Universiti Pendidikan Sultan Idris juga pernah menganugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional kepada
pengasas Ramly Group, Dato’ Ramly bin Mokni pada tahun 2014.

Ijazah kehormat tidak sama sebagaimana mereka yang memperolehi melalui kerja-kerja akademik yang dilakukan sehingga melayakkan mereka mendapat gelaran akademik.

Setiap universiti mempunyai garis panduan sendiri bagaimana menggunakan gelaran yang dianugerahkan.

ijazah-kehormat-2

Dalam garis panduan penggunaan gelaran oleh mana-mana penerima ijazah kehormat daripada University of Southern Queensland;

A recipient’s use of the title ‘Dr’ before their name is restricted to engagement with the University of Southern Queensland and may not be used within the broader community.

For example, Dr John Smith is not an approved use of the honorary doctorate title within the broader community.

However, John Smith, Doctor of the University (honoris causa) or Mr John Smith, HonDUniv(USQ), may be used.

Saya tidak pasti apa pula garis panduan dikeluarkan oleh University of Malaya. Tanyalah mereka.

Zamri Mohamad
Buku pertama terbit sebelum ada ijazah