Russo Brothers adalah pengarah di belakang filem Captain America: Winter Soldier, Civil War dan Avengers: Infinity War. Dalam video berdurasi 20 minit ini, mereka menjelaskan setiap watak Avengers satu persatu-satu dan role mereka di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Mereka turut bersetuju Iron Man adalah watak penting di dalam MCU dan turut membuat penjelasan khusus bagaimana Black Panther boleh menggantikan Iron Man sebagai leader di masa akan datang.

Jika anda ada masa terluang selama 20 minit, boleh tonton video ini sehingga tamat. Pada pendapat anda, apakah nasib Tony Stark selepas Avengers 4 nanti?