Seorang YouTuber yang berpangkalan di Dubai, Anas Marwah dan Asala Maleh merayakan hari bahagia mereka dengan menyewa banggunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa untuk hanya satu tujuan, iaitu mendedahkan jantina anak mereka.

Video acara itu telah berlegar di media sosial dengan kebanyakan orang mengkritik pasangan tersebut yang mempunyai darah US-Syria, manakala yang lain hanya mampu tergamam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anas dan Asala mengumumkan bahawa mereka mempunyai bayi lelaki dengan menerangi bangunan tertinggi di dunia dengan warna biru, sambil ditulis satu mesej dalam bahasa inggeris, “It’s a boy!”.

“Kami mahukan idea yang sangat unik, sesuatu yang tidak dapat dilupakan, “kata Asala Maleh dalam video YouTube.

Gender-Burj

 

Laman rasmi Burj Khalifa mengatakan, “Berita tergempar tidak boleh menjadi lebih besar daripada ini kerana bangunan tertinggi di dunia menyala untuk mengungkapkan pendedahan jantina terbesar yang pernah dibuat! Tahniah Anas Marwah dan Asala Maleh… ”

 

Banyak pengguna media sosial mengecam tindakan mereka. Ada yang mengkritik Anas – anak pemimpin pembangkang Syria – kerana menghabiskan duit ke arah sesuatu yang sia-sia sedangkan negara asal mereka sedang bergolak di landa perang.

Tidak jelas sama ada pasangan itu membayar sendiri acara tersebut atau apakah itu adalah sebahagian daripada perjanjian promosi dengan bandaraya Dubai. Tetapi untuk menyewa Burj Khalifa dengan harga USD$ 90,000 (RM380,000) adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Keunikan Dubai Dan Abu Dhabi Yang Tidak Ada Di Tempat Lain

Bagaimana Peguam Ini Hanya Membayar USD400 Untuk Kos Travel Berjumlah USD52K

Bakal Jadi Kedua Tertinggi Dunia, Lihat Inspirasi Unik Di Sebalik Menara Merdeka 118