Pencarian untuk mendapatkan Wi-Fi mungkin agak sukar lebih-lebih lagi jika anda di negara orang. Turun sahaja di lapangan terbang, anda sudah mula mencapai smartphone anda untuk mendapatkan free Wi-Fi.

Tidak kisah sama ada atas urusan kerja atau untuk check in lokasi anda di Facebook, pergantungan kepada Wi-Fi amatlah penting. Terkadang 5 minit penggunaan untuk cukup untuk anda menyelesaikan urusan anda membuat booking Uber atau mengakses Google Maps.

Mendapatkan SIM kad untuk urusan internet mungkin antara yang tidak digemari lebih-lebih lagi jika anda berhasrat untuk menggunakan dalam jangka masa yang singkat. Sudahlah mahal, perlu register dan gantikan simkad sedia ada ke dalam smartphone pula.

Melalui masalah yang sama, Yen Pei Tay selaku usahawan yang sudah menghabiskan 13 tahun di dalam industri telekomunikasi melibatkan Motorola, Nokia dan IBM memilih jalan untuk berhenti kerja serta memulakan Simplify.

Bagaimana Simplify berfungsi

Idea untuk melancarkan Simplify untuk menjadi angan-angan Yan Pei sejak beberapa tahun yang lepas lagi.

Melihat kepada beberapa syarikat telco yang menawarkan harga Internet yang ‘tidak masuk akal’ buatkan Yen Pei memikirkan altenatif terbaik buat mereka yang memerlukan internet untuk seketika waktu.

Kehadiran Simplify berjaya untuk menyediakan sebuah bisnes dengan situasi ‘win-win’ buat penjual dan pembeli. Para penjual boleh menyenaraikan pelan terbaik untuk 1 GB data berdasarkan harga yang berpatutan manakala para pembeli data boleh memilih pelan yang terbaik.

Apa yang lebih cool, segala transasksi dan security dikawal ketat oleh pihak Simplify. Pengguna tidak lagi perlu memasukkan password selepas pembayaran dibuat.

Bagaimana pula jika pengguna cuma memerlukan cuma 10% data daripada kouta yang ditawarkan? Jangan risau. Simplify bakal mengembalikan wang baki anda berdasarkan nilai data yang digunakan beserta 25% komisen. Idea yang masih efisien pada pendapat kami untuk kegunaan masa pendek berbanding mendapatkan sim kad berinternet.

Cabaran

Yan Pei ternyata mengambil serious untuk menjadikan Simplify sebagai sebuah aplikasi yang safe and secure untuk digunakan pengguna. Syarikat mereka turut menawarkan ganjaran sebanyak $5,000 USD untuk sesiapa yang berjaya menggodam aplikasi mereka.

Sehingga hari ini masih belum ada sesiapa yang menebus ganjaran tersebut.

Berbincang mengenai pelan Simplify, Yan Pei bercadang untuk memfokuskan kepada industri pelancongan terlebih dahulu. Kehadiran 20 juta pelancong ke Malaysia setiap tahun serta majoriti bilangan pengguna juga daripada Malaysia, ternyata Simplify berjaya menemui crowd yang betul-betul memerlukan servis mereka.

Setakat ini aplikasi ini cuma ditawarkan pada Android memandangkan iOS mempunyai kawalan yang ketat lebih-lebih lagi melibatkan penggunaan Wi-Fi. Walaubagaimanapun, Yan Pei kekal optimistik untuk memastikan Simplify turut hadir untuk platform iOS menjelang pertengahan 2017.

Kami ingin mengucapkan all the best buat Simplify. Semoga hasrat Simplify untuk memudahkan lebih ramai pengguna mendapatkan capaian Internet bakal tercapai. Kami suka dengan idea anda.

Sumber