Kecoh baru-baru ini apabila timbul ura-ura dimana ikon Bollywood, Shah Rukh Khan melalui produksinya bakal mengadaptasi siri popular Netflix La Casa de Papel atau lebih dikenali dengan nama Money Heist kepada filem Bollywood.

Ura-ura ini turut disambut baik oleh para netizen dimana orang ramai tidak sabar menantikan bagaimana siri yang penuh dengan plot twist ini bakal dibawa dalam versi Bollywood.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Terbaru, Shah Rukh Khan tampil untuk menjelaskan ura-ura tersebut dimana beliau menyatakan setakat ini masih belum ada perancangan untuk menghasilkan sebarang filem sekaligus menolak spekulasi beliau bakal menjayakan siri popular ini.

casa-de-papel-money-heist

Sumber: pmcdeadline2

Menurut Shah Rukh Khan, beliau kini sedang sibuk di Melbourne bagi mengusahakan produksinya. Selain itu, beliau juga khuatir sekiranya beliau hasilkan filem yang diadaptasi ini bakal membuatkan beliau mengulangi kegagalan lalu.

Setakat ini, beliau telah berkolaborasi bersama Netflix bagi menerbitkan tiga projek terbaru iaitu Bard of Blood with Emraan Hashmi, the zombie show Betaal serta Class of 83. Beliau juga tidak tolak kemungkinan untuk berlakon semula sekiranya terdapat tawaran yang menarik daripada Netflix.

Shah-Rukh-Khan-SRK-1900x

Nampaknya tidak ada peluang buat orang ramai untuk menonton Money Heist versi Bollywood. Walau bagaimanapun, mungkin adalah lebih baik sekiranya Shah Rukh Khan sendiri tidak yakin untuk menjayakan filem yang diadaptasi daripada siri popular ini.

Anda Mungkin Suka