Pihak berkuasa China akan menutup Shanghai Disneyland sekurang-sekurangnya sehingga hari ini selepas kes COVID-19 meletus di taman tema terbabit. Difahamkan bahawa 34,000 orang termasuk pengunjung dan juga pekerja di sana diwajibkan untuk menjalani ujian COVID-19 sebelum dibenarkan meninggalkan taman teman terbabit pada hari Ahad lalu.

Pengurus Shanghai Disneyland dan Disneytown dalam kenyataan pada jam 6 petang Ahad memaklumkan kepada umum bahawa kesemua kemudahan yang terdapat di taman tema akan digantung perkhidmatannya buat sementara waktu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kakitangan dan pelawat, yang kebanyakannya hadir ke sana bagi meraikan karnival Halloween telah menjalani ujian COVID-19 di pintu keluar taman tema. Mereka juga diwajibkan untuk menjalani ujian kedua 24 jam selepas ujian pertama, dan melakukan 12 hari pemantauan kendiri jika kedua-dua ujian negatif, menurut kenyataan dari Shanghai Disneyland.

South China Morning Post melaporkan, daripada jumlah pekerja dan pengunjung yang hadir. Terdapat 33,863 orang yang hadir di taman tema tersebut diuji negatif, menurut keputusan yang diterbitkan pada pukul 8 pagi oleh pejabat Shanghai untuk pencegahan dan kawalan wabak.

Pejabat itu mengeluarkan notis kecemasan bagi mereka yang melawat Disneyland pada hari Sabtu dan Ahad, ia juga meminta sesiapa yang hadir ke acara Halloween terbabit untuk membuat ujian COVID-19 di hospital berdekatan mereka.

Difahamkan bahawa permulaan kepada kejadian terbabit datang selepas Hangzhou melaporkan satu kes virus disahkan positif daripada salah seorang pengunjung yang hadir di taman tema terbabit pada hari Sabtu selepas tiba di Shanghai dari Shangrao, wilayah Jiangxi, dengan kereta api pada hari Jumaat.

Shanghai Disneyland dalam kenyataan mengumumkan bahawa taman tema akan ditutup pada hari Isnin dan Selasa dan bayaran balik akan dibuat untuk pengunjung yang sudah pun membeli tiket untuk dua hari tersebut. Setakat ini tiada apa-apa pengesahan daripada pihak Disneyland bilakah taman tema itu akan dibuka semula untuk para pengunjung.

Untuk rekod, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Isnin berkata 59 kes baharu tempatan dilaporkan di seluruh negara pada hari sebelumnya, dengan 20 jangkitan import. Terdapat 12 kes tanpa gejala, yang tidak termasuk dalam pengiraan rasmi.

15 juta orang dijangkiti di seluruh dunia, manakala 12 negara ini masih catat sifar kes COVID-19. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

15 Juta Orang Dijangkiti Di Seluruh Dunia, Manakala 12 Negara Ini Masih Catat Sifar Kes COVID-19

Korea Utara ‘Seksa’ Pesakit COVID-19 Kelaparan Hingga Mati, Mayat Mereka Dibakar

Pasukan Penyiasat WHO Dakwa COVID-19 Bukan Berasal Dari Wuhan, Gagal Temukan Bukti Kukuh