Assalamualaikum Tuan Puan rakan-rakan semua.

Penulisan ini panjang, let’s move on.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sudah beberapa lama saya perhatikan, dan saya simpulkan apa yang kita Share dapat menaikkan atau menurunkan kredibiliti diri kita.

Melalui Share, orang dapat menilai:

a. Adakah kita ini orang yang senang berkongsi tanpa usul periksa atau seorang yang berhati-hati.

b. Adakah kita memilih dari mana kita mengambil konten-konten kita atau sekadar hentam keromo.

Ustaz Zaharuddin
Fitnah tentang Ustaz Zaharuddin

Terdapat beberapa isu yang berlaku, dan baru-baru ini Dr Zaharuddin dikaitkan sebagai berkata Courts Mammoth itu haram dan berdosa besar. Sedangkan pada hakikatnya beliau tidak pernah menulis sedemikian.

Untuk menjaga kredibiliti diri, ini adalah sedikit saranan:

1. Perhatikan dari laman web/page mana anda berkongsi.

Anda boleh lihat sumber link daripada bahagian di-highlight.
Anda boleh lihat sumber link daripada bahagian di-highlight.

Terdapat laman web yang konsisten menghebahkan perkara palsu atau outdated tetapi di-spin semula pada masa tertentu untuk mendapatkan trafik.

Sebagai contoh, semasa kenaikan harga tol kereta pada tahun 2015, berita cadangan tol untuk motorsikal dinaikkan semula.

Sedangkan cadangan itu dibuat pada tahun 2013 dan telah ditolak.

Sebelum membaca sesuatu berita, periksa dari laman web mana berita itu datang.

2. Adakah konten itu masuk akal.

lop
Ramai orang Malaysia tertipu dengan gambar ini, menyangka ini anak Syria.

Selalunya terdapat hint sesuatu berita itu palsu dan tidak masuk akal. Sebagai contoh pendedahan berita ini yang kononnya tentang anak Syria sedangkan tiada debu dan di belakangnya terdapat padang yang menghijau.

Tanya Mr Google sebelum berkongsi.

3. Picture says a thousand words.

Seperti link di atas juga, gambar benar-benar memainkan peranan, akan tetapi konteksnya boleh direka-reka.

Tanya https://images.google.com/ dari mana origin gambar berkenaan.

4. Kadang-kala kita tidak sempat selidik.

Cara mengawal konten Facebook anda.
Cara mengawal konten Facebook anda. [Social Times]

Tetapi ini tidak bermakna kita tidak perlu bertanggung jawab dengan apa yang kita kongsikan.

Sebelum selidik, simpan dahulu untuk diri sendiri sahaja.

Gunakan fungsi Facebook ‘Who Should See This? Only Me’.

Anda juga boleh gunakan fungsi Save.

5. Apabila benar-benar ragu tentang kesahihan sesuatu berita.

Lupakan sahaja.

Kebanyakan masa, ia hanya mendatangkan mudarat apabila dikongsi.

Ada banyak lagi cerita bagus-bagus yang boleh dikongsi.

6. Hal kecil je sharelah!

Believe me my friend, perkara yang viral – it’s not that small.

Kita tidak mahu menjadi penyebab kenapa sesuatu perkara buruk itu menjadi viral.

Bila petik sana petik sini seperti kes Dr Zaharuddin di atas, ia boleh mencemarkan kredibiliti dan mendatangkan fitnah kepada beliau.

Adakah fitnah itu satu hal yang kecil?

Penutup.

Sebagai orang bisnes – kredibiliti adalah sesuatu perkara yang amat penting. It can make or break you. Ia adalah umpama emas yang mendatangkan lebih banyak emas.

Jangan hairan jika tiba-tiba kita di-unfriend atau di-unfollow oleh seseorang yang sangat bernilai di mata kita. Mungkin apa yang kita share menyebabkan perkara ini berlaku.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.