Awal tahun ini Apple telah mengumumkan mereka bakal mengeluarkan siri TV tersendiri. Memandangkan ianya dikeluarkan oleh Apple Music, genre yang dipilih oleh Apple adalah ‘app economy’ dimana menggabungkan para artis bersama aplikasi yang tersedia di Apple Store.

Pada mulanya, ramai yang beranggapan konsep yang bakal dibawa Apple Music ini tidak mampu pergi jauh sehingga Apple mengumumkan kerjasama untuk menerbitkan Carpool Karaoke. Apple meneruskan konten siri TV dengan melancarkan sebuah lagi siri terbaru iaitu Planet of the Apps.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menggabungkan 4 selebriti Jessica Alba, Gwyneth Paltrow, Gary Vaynerchuk, and will.i.am yang bertindak sebagai juri dan mentor, kami yakin rancangan ini bakal menjadi rancak dengan penuh gelak tawa dan serious pada masa yang sama. Sesuai buat mereka yang berminat dalam industri business tech.

Buat anda yang pernah menonton Shark Tank dan TheVoice, pastinya anda ‘familiar‘ dengan konsep yang bakal digunakan oleh rancangan ini. Para peserta harus melalui fasa saringan pertama dimana para selebriti bakal memilih mentee mereka sebelum ke pusingan seterusnya menemui venture capitalists buat pasukan yang mempunyai visi dan idea terbaik.

Rancangan ini baru sahaja mengeluarkan trailer rasmi memarpakan konsep yang bakal dibawa dan bakal mula menemui para pelanggan Apple Music seawal bulan depan.