Star Wars adalah salah satu franchise terbesar dalam industri filem. Jika keluarnya sesuatu filem baharu dari Star Wars, semestinya banyak syarikat dan produk akan mengambil peluang ini untuk menghasilkan tie-in merchandise. Di Jepun, mereka selangkah ke depan berbanding negara lain apabila mereka akan mengeluarkan telefon pintar dengan tema Star Wars bersempena filem Rogue One: A Star Wars Story.

star-1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Telefon ini dihasilkan oleh telco Jepun SoftBank yang akan berada di pasaran 2 Disember ini. Ianya akan dihasilkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih. Semestinya warna ini melambangkan pihak mana yang anda pilih sama ada anda Team Jedi atau Team Dark Side.

Ini adalah kerjasama antara SoftBank dan Sharp yang bertanggungjawab untuk menghasilkan telefon ini. Ianya akan dikuasakan sistem Android dengan 5.3 inch 1080 IGZO dislay, processor Snapdragon 829 3GB RAM dan 32GB memori dalaman yang boleh dikembangkan dengan microSD, kamera 22.6-megapixel dan tuner TV untuk anda tonton TV di mana sahaja. Cool!

Sistem telefon ini mungkin biasa sahaja tetapi apa yang unik berada pada interface dan packaging-nya. Skin telefon ini akan mengikut tema warna telefon yang anda pilih, live wallpaper yang direka mengikut cockpit X-Wing dan TIE Fighters, Permainan kad Star Wars: The Force Awakens, filem Star Wars: The Force Awakens yang anda boleh tonton secara percuma hingga tahun 2020, emoji khas watak Star Wars dan 5 patung figura logam yang akan hadir bersama telefon anda. Gila awesome !

star-3

star-4

star-2

star-5

Kalau anda peminat setia Star Wars dan mahu memiliki telefon ini, mungkin boleh minta tolong rakan anda yang berada di Jepun untuk buat tempahan. Ini semestinya antara barangan merchandise unik pernah dihasilkan oleh Star Wars. Portal untuk telefon pintar ini juga sangat cun dan interactive. Anda boleh cuba dengan tekan di sini. Choose your side and may the force be with you!

Baca : Ini Peluang Anda Untuk Membeli Merchandise Rasmi ‘Rogue One : A Star Wars Story™ Pada Harga Yang Awesome

Sumber