Sejak beberapa bulan ini, beberapa kedai di Bukit Bintang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana menawarkan shawarma. Malah, dikatakan orang ramai dikatakan sanggup beratur panjang dalam tempoh yang panjang bagi mendapatkan hidangan yang sedang trending ini.

Di sebalik memiliki jumlah pelanggan yang ramai, sebuah kedai shawarma popular di Bukit Bintang didakwa mengambil kesempatan dalam mengecas pengguna dengan harga yang berganda serta tidak masuk akal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian TikTok @dakajlaa66, beliau memaklumkan telah membeli 2 shawarma beserta tambahan humus. Isu menjadi lebih serius apabila beliau dicas sebanyak RM98 untuk dua shawarma yang dipesan sedangkan harga bagi dua shawarma tersebut hanyalah sekitar RM29.80.

@dakajlaa66

Perghhh.. Beli 2 REGULAR SHAWARMA add on humus for both…tp dia pegi caj RM98 woiiii…nasib mata aku cpt n prasan tgk dgn mesin tuhh. walhal harga utk 2 RS Tu bru RM29.80..melampau ek ! #fypシ #masukberanda #kesahnya #ceritasemalam #shawarmaviral #damacusbukitbintang #lastbutnotleast #syajlaadansytidaksombong

♬ original sound – DakAjlaa66 – DakAjlaa66

Menyedari awal insiden yang berlaku, beliau terus memaklumkan kepada pihak cashier tersebut. Wanita ini memaklumkan pihak cashier tersebut telah memulangkan wang semula selepas dimaklumkan kes yang berlaku.

Perkongsian ringkas yang dibuat turut mendapat perhatian para netizen yang memaklumkan pihak pekedai sering kali ‘tersilap’ dalam memberi jumlah harga. Bukan itu sahaja, terdapat pembeli yang memaklumkan telah membayar sebanyak RM160 untuk 3 shawarma ayam dan 3 shawarma daging.

Sumber: TikTok @dakajlaa66
Sumber: TikTok @dakajlaa66

Sehubungan dengan itu, wanita ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sewaktu membuat pembayaran khususnya mereka yang membuat bayaran menerusi kad kredit atau debit agar tidak menjadi mangsa membayar lebih daripada sepatutnya berikutan kekalutan di kedai tersebut.