Akhirnya filem Captain Marvel ‘yang sebenar’ sudah berada di pawagam. Yang mana tahu tentang sejarah silam Shazam pasti sudah tentang isu ini. Panjang sebenarnya kisah Shazam ini yang perlu menukar namanya daripada Captain Marvel kepada Shazam.

Secara asasnya, Captain Marvel adalah watak milik Fawcett Comics. Tetapi disebabkan ianya dikatakan meniru watak Superman milik DC Comics, pada tahun 1972, Fawcett Comics telah menjual hak cipta Captain Marvel (dan beberapa lagi watak di bawah Captain Marvel) kepada DC Comics.

BeFunky-collage – 2020-11-03T171315.697
HYPE
Hanya Serendah RM799, Ini 7 Lagi Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan HUAWEI Y7a
Baca lagi →
Superman vs Captain Marvel

Muka depan Action Comics (Superman) dan Whiz Comics (Captain Marvel/Shazam) pada era awal 1940an

Namun selepas satu lagi konflik dengan watak Captain Marvel oleh Marvel Comics, DC Comics memutuskan untuk mengubah nama watak Captain Marvel kepada Shazam. Memang complicated sejarah silam Shazam ini.

Berbalik kepada filem Shazam, mengapa anda perlu menonton filem ini? Pada awalnya ramai yang mengkritik kostum Shazam dan membuat andaian awal bahawa filem ini akan ‘gagal’. Tetapi Shazam! telah membuktikan sebaliknya.

Sedikit sinopsis ringkas tentang filem ini. Shazam mengisahkan budak sekolah berusia 15 tahun bernama Billy Batson yang kehilangan ibunya, terpaksa tinggal bersama keluarga angkat dan dianugerahkan kuasa luar biasa.
Jadi kami highlight kekuatan filem ini di bawah.

1. Chuck Bartowski

Sebenarnya banyak pihak yang sangsi dengan keupayaan Zachary Levi untuk membawa watak Shazam. Tetapi beliau membuktikan beliau layak untuk menjadi hero dengan lakonan hebat dalam Shazam. Beliau juga sanggup ke gym dua kali sehari untuk mendapatkan bentuk tubuh terbaik untuk watak Shazam.

Ramai yang pastinya mengenali Zachary menerusi siri TV Chuck di mana beliau memang ‘pak lawak’ dalam siri berkenaan. Sama juga perangainya dalam filem ini. Lebih-lebih lagi beliau perlu berlakon sebagai remaja berusia belasan tahun. Dari segi penjiwaan watak, beliau lulus dengan cemerlang dalam filem ini.

2. Jalan cerita mudah dan jenaka yang just nice

Jalan cerita filem ini mudah sahaja dan senang untuk semua faham disebabkan ianya tidak berkaitan dengan mana-mana filem DCEU sebelum ini. Lawak antara Billy Baxton dan Freddy memang menjadi dan watak gila-gila Shazam! berjaya dibawa dengan baik oleh Zachary. Sampaikan dengan orang jahat pun beliau mampu berlawak lagi.

3. Chemistry antara pelakon

shazam

Ini yang kami lihat sangat membantu filem Shazam. Setiap watak dilakonkan dengan baik dan setiap adik beradik angkat Billy Baxton sebenarnya mempunyai perwatakan dan peranan mereka yang tersendiri. Apa peranan mereka dalam filem ini? Yang itu anda kena saksikan sendiri di pawagam.

4. Nilai kekeluargaan

Shazam Chemistry

Saya suka apabila pihak produksi menyelikatkan nilai murni dalam sesebuah filem. Dalam filem ini, Billy Baxton tanpa putus asa mahu mencari ibu bapanya yang ‘hilang’ sejak kecil. Namun, keluarga angkat beliau yang sebenarnya bakal memberi kebahagiaan kepada beliau.

6. Justice League

Shazam Justice League

Dalam filem ini, banyak reference watak Justice League yang akan muncul dan para hero Justice League wujud dalam dunia Shazam. Ini adalah peluang terbaik DC Comics dan Warner Bros jika mahu reboot kembali Justice League.

Kekalkan Henry Cavill sebagai Superman, Jason Momoa sebagai Aquaman dan Gal Gadot sebagai Wonder Woman, kami sudah bersedia untuk Justice League versi baharu dengan Shazam di dalamnya.

Shazam! akan membuatkan anda terhibur sepanjang masa dan anda pasti tidak akan bosan. Laman kritik filem turut memberikan respon positif kepada Shazam! dan begitu juga kami. Kami berikan Shazam! 8.5/10 dan pada kami, kami lebih sukakan ‘Captain Marvel’ versi DC Comics ini. Jangan keluar awal kerana ada dua end kredit hebat menanti anda. Shazam terbaik!

Anda Mungkin Suka