Seminggu dua ini panas tentang isu LGBT di Malaysia. Di Pulau Pinang, dua poster melibatkan ikon LGBT sempena Festival Georgetown telah diturunkan selepas mendapat maklumbalas bercampur dari netizen.

Semalam naik pula perkongsian di Facebook oleh saudara Farisfitri Ayishh yang berkongsikan screenshot tentang Shell menyokong LGBT.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Di Shell, kami mengambil berat mengenai kepelbagaian masyarakat kerana kami percaya bahawa tempat kerja yang inklusif sepenuhnya membolehkan kakitangan kami berkembang. Begitu juga dengan perniagaan. Apabila kakitangan cemerlang, kami juga cemerlang.

Atas sebab itu, kami berbangga menyokong kakitangan LGBT, yang mempromosikan kesaksamaan kepada pekerja tanpa mengambil kira orientasi seksual dan identiti jantina,” sebahagian daripada tulisan screenshot pada posting Farisfitri.

Kami membuat kajian tentang isu ini dan ya, isu LGBT ini adalah benar dan turut diterangkan dalam laman rasmi Shell dan Shell Malaysia.

Posting Farisfitri Ayishh telah dikongsi lebih 7,000 kali setakat ini dan komen netizen rata-rata tidak senang dengan statement terbuka Shell ini dan mahu bertukar ke rangkaian stesyen minyak yang lain. Apa pandangan anda tentang isu ini?