Sebut mengenai roti yang berada di pasaran, kami yakin ramai yang memilih roti keluaran Gardenia sebagai pilihan. Rotinya yang lembut serta hadir dengan pelbagai variasi membuatkan jenama ini menjadi pilihan ini sejak berdekad lamanya.

Terbaharu, meskipun menerima peningkatan harga bagi seleksi produk keluaran mereka bermula bulan ini, rangkaian stesen minyak Shell mengambil inisiatif untuk menawarkan roti Gardenia dengan harga serendah RM1 sahaja setiap hari rabu menerusi kempen Wow Wednesday sehingga 17 Februari 2021.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

130604443_3614011935309052_3421239458516142996_o

Selain roti Gardenia, para pengguna turut berpeluang membeli seleksi pastri Deli2Go dengan harga promosi. Selain itu, Maggi Hot Cup juga turut ditawarkan dengan harga serendah RM1 sahaja.

Syarat-syaratnya, para pengguna perlu terlebih dahulu mengisi minyak Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V-Power Racing minimum RM30 sebelum mendapatkan beberapa seleksi makanan yang tersedia dengan harga promosi. Pasti stesen minyak Shell bakal diserbu ramai setiap hari Rabu dalam usaha merebut promosi menarik ini.

Gardenia telah mengumumkan beberapa produk keluaran mereka bakal dinaikkan harga bermula 1 Disember 2020 ini.

Gardenia Umum Kenaikan Harga Roti Bermula 1 Disember 2020

Resipi Mudah Lasagna Guna Roti Gardenia Yang Sedap Buat Penggemar Makanan ‘Western’