Penantian peminat Sherlock Holmes selama hampir sedekad akhirnya bakal terubat apabila siri ini bakal diteruskan melalui filem ketiga yang bakal ditayangkan pada 2020 ini.

Berdasarkan laporan daripada Slashfilm, Guy Ritchie selaku pengarah bagi dua filem Sherlock Holmes sebelum ini berminat untuk meneruskan kerjanya melalui filem ketiga ini. Dalam pada itu, dikatakan filem ini masih lagi didalam proses awal ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan Sherlock Holmes 3 bakal mula ditayangkan di pawagam pada Disember 2020 menjelang hari natal. Kemungkinan besar filem ini bakal bersaing bersama filem arahan James Cameroon iaitu Avatar 2 yang bakal turut ditayangkan pada bulan yang sama. Agaknya misi apa pula yang bakal dirungkaikan Sherlock Holmes dan Dr. Watson melalui filem terbaru ini?

Sumber