Penyanyi dan penulis lagu, Shila Amzah sekali lagi membawa nama Malaysia ke peringkat dunia apabila tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Celebrities. Penyanyi ini mula mencipta nama di persada dunia pada tahun 2014 yang lepas apabila memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan realiti ‘I Am A Singer’ di China.

Penyanyi yang pernah berhijrah ke negara tersebut dan mula mencipta nama di sana mahir bertutur dalam bahasa Mandarin dan Kantonis. Selama tempoh beliau mencipta nama di negara tersebut, beliau berjaya memperoleh 2.3 million peminat di Weibo.

Laman Instagram penyanyi ini dibanjiri dengan ucapan tahniah dan menerima lebih 31,000 likes daripada para peminatnya apabila beliau memuat naik gambar beliau yang tersenarai dalam kategori tersebut oleh Forbes.

Turut tersenarai dalam 30 Under 30 Celebrities ialah pelakon bollywood Anushka Sharma, Youtuber terkenal Bretman Rock atau nama sebenarnya Bretman Sacayanan, dan kumpulan K-Pop Bangtan Sonyeondan (BTS). Tahniah Shila Amzah!

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤