Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sekali lagi tampil memohon maaf kepada rakyat mengenai isu yang menggugat kepercayaan rakyat terhadap kepimpinannya. Beliau yang sebelum ini terpalit dengan skandal berkenaan dengan jual beli tanah dengan harga diskaun yang melibatkan seorang pengusaha sekolah yang mempunyai pertalian dengan isteri beliau.

Kebimbangan yang disuarakan oleh rakyat membuatkan beliau memohon maaf atas hilangnya kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Pasukan polis kelihatan memperketatkan kawalan berikutan gesaan yang diterima daripada rakyat untuk pemimpin tersebut mengundurkan diri dari tampuk pemerintahan.

abe-960×576-1501574891

Sungguh pun menerima gesaan tersebut, Perdana Menteri Jepun itu menyatakan pendiriannya untuk tidak berundur namun berjanji untuk mengkaji semula pemerintahan dan bersedia untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pemerintahannya itu.

Populariti Abe jatuh 31 peratus dalam satu undian awam yang dijalankan baru-baru ini dan ini mungkin bakal menjejaskan peluang beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri Jepun untuk penggal ketiga. Jika menang, Shinzo bakal menjadi individu paling lama menyandang jawatan tersebut.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group