Mahu jadi kaya, berkawanlah dengan orang kaya. Tapi bukan berlagak kaya sedangkan tiada apa-apa. Ikuti kisah agen hartanah berusia 26 tahun ini yang telah menjadi jutawan segera selepas membina networking dengan golongan kaya di Singapura.

Shirley Seng memiliki pengalaman sebagai agen hartanah kurang dari 5 tahun di Singapura. Dia menyertai HSR International Realtors selama 4 bulan dan ERA Realty selama 4 tahun. Kini, dia bersama Propnex Realty sejak Januari 2015.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Shirley Seng menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berjaya menjadi jutawan segera apabila berjaya menjual sebuah penthouse di Le Nouvel Ardmore dengan harga $51 juta bulan lepas. Ms Seng perolehi 3% komisyen yang berjumlah $1.5 juta. Keluasan penthouse adalah 13,875 kaki persegi, menjadikan ia bernilai $3,675 per kaki persegi untuk keluasan tersebut.

Le Nouvel Ardmore dinyatakan sebagai ultra luxury condominium yang memiliki status pegangan bebas (freehold) di Singapura. Ia mempunyai 33 tingkat dengan 43 buah kondominium. Mengikut brosur projek pembangunan Le Nouvel Ardmore, unit penthouse mempunyai lima bilik tidur, dengan ruang keluarga dan ruang belajar di tingkat 32. Di tingkat 33 pula, terdapat kolam renang, foyers, teres bumbung, gim dan ruang hiburan.

Kredit: Business Times Singapore
Kredit: Business Times Singapore

Ini adalah 7 tip bagaimana Ms Seng berjaya sebagai agen hartanah berstatus jutawan yang telah dikupas daripada pelbagai artikel mengenai Ms Seng.

1. Berani

Ms Seng berani mencuba. Dia menjual hartanah bernilai jutaan ringgit meskipun kebanyakan hasil pendapatannya daripada penyewaan bangunan. Dia juga berani menceburi bidang hartanah meskipun dia bukanlah graduan hartanah ataupun memiliki kenalan di dalam bidang ini. Dia bekas graduan Politeknik Nanyang dan mempunyai diploma mutlimedia dan teknologi info komunikasi.

2. Jangan Terburu-buru Tetapi Fokus

Rundingan berlangsung selama 2 bulan bermula pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Mei yang lalu. Sementara menjayakan rundingan ini, Ms Seng telah berjaya close deal dengan 53 klien sejak Januari lalu dan komisyen yang dia perolehi setakat ini adalah $1.7 juta.

3. Networking Relationship dan Klien High-Profile

Klien terdahulu Ms Seng di Marina Bay Residences telah mencadangkan dia kepada Mr Sun Tongyu, co-founder Alibaba. Buat pengetahuan anda, dia tidak ada hubungan dengan orang kaya atau orang perantaraan dengan orang kaya sebagai asas kerjayanya di dalam bidang hartanah. Dia menembusi rangkaian orang kaya dengan membantu menyewakan apartment mereka, terutama di kawasan Marina Bay dan Orchard.

sun tongyu

4. Bantu Jayakan Rancangan Klien

Shirley Seng menyatakan adalah penting untuk kita kenalpasti dan tahu kehendak dan keperluan klien high-profile. Ia menepati fokus kepakarannya yang melibatkan jual dan sewa apartment di kawasan bandar dan barat daya Singapura.

“Saya hanya tahu dia (Mr Sun) adalah seseorang yang memiliki aset dan kekayaan yang banyak. Dan seperti klien high-net-worth yang lain, mereka biasanya tahu apa yang mereka mahu. Dan saya berada bersama mereka untuk membantu menjayakan rancangan mereka.”

5. Memudahkan Klien

Di laman web Shirley Seng menyatakan perkhidmatannya melibatkan keseluruhan proses pembelian iaitu mencari hartanah, runding harga terbaik, melakukan tawaran dan dapatkan kesepakatan tawaran.

Selain itu, dia turut memberi layanan istimewa kepada klien-kliennya seperti mengambil klien dengan kereta Audi A4 miliknya, menurunkan klien di lokasi yang diminta oleh mereka setelah urusan selesai dan kadang-kala membantu mereka dalam urusan kerja seharian. Pastikan melakukannya dengan ikhlas, barulah klien dapat merasai keikhlasan kita.

6. Kepantasan Adalah Penting

Ini satu tip yang diberikan oleh Ms Seng tentang cara berurusan dengan klien kaya.

“Kepantasan adalah penting. Saya selalu akan kembali kepada mereka dalam jangkamasa satu hingga dua jam. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka adalah keutamaan saya.”

7. Wang Bukan Dorongan Utama

Dorongan utama buat Ms Seng berusaha dengan lebih gigih di dalam kerjayanya bukanlah wang ringgit tetapi dia nekad bekerja keras untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarganya. Ini kerana Ms Seng berasal dari keluarga susah.

Buat pengetahuan anda, Ms Seng sehingga kini masih tinggal serumah bersama ibu bapa, datuk nenek, dua adik-beradik, empat saudara mara dan seorang pembantu. Dia masih tidur di ruang tamu rumah mereka.

Tambahan pula, Ms Seng telah menentang hasrat keluarganya yang menyuruh dia sambung belajar. Dia menentang hasrat tersebut kerana mahu mencuba peluang di dalam bidang hartanah ini.

Sumber: Property Guru Singapore, Shirley Seng Property, Yahoo Singapore, Property Smart Investors, The Penthouse Collections, SH House, Asia One

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram