Sempena menyambut ulang tahun ke 25 Shoe Palace bersama Hasbro dan Reebok bekerjasama menghasilkan kasut yang istimewa. Mereka bekerjasama menghasilkan kasut sempena siri kartun popular G.I. Joe.

Kasut ini dihasilkan menggunakan fabrik kanvas klasik dan mengekalkan ciri-ciri kartun yang pernah popular semenjak hampir 60 tahun. Ia menggunakan kanvas tahan lasak dan turut dilengkapi dengan warna camouflage pada bahagian atas kasut ini. Untuk tali kasut Reebok menggunakan warna oren untuk menaikkan seri.

Koleksi kolaborasi edisi terhad Shoe Palace x Reebok x Hasbro ini bakal dikeluarkan pada 30 Jun ini. Para pelanggan bakal menerima dua topi yang mewakili pasukan G.I. Joe dan Cobra. Buat anda yang berminat anda boleh dapatkannya di laman Shoe Palace pada esok hari.

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-1

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-2

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-4

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-5

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-6

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-7

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-8

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-9

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-10

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-11

shoe-palace-reebok-classic-gi-joe-13