Shoei telah menyiapkan projek terbarunya iaitu sebuah helmet berteknologi tinggi pintar menjelang pameran Consumer Electronics Show (CES) yang bakal berlangsung di Las Vegas pada Januari ini.

Helmet berteknologi tinggi ini dihasilkan dengan memiliki beberapa ciri iaitu fungsi navigasi yang dipaparkan menerusi paparan head up display (HUD) di mana ianya amat berguna untuk para penunggang motosikal dan juga paparan mengenai kelajuan, jarak perjalanan dan sebagainya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaubagaimanapun, dengan adanya helmet keluaran terbaru ini, Shoei masih tidak mengetepikan sama sekali ciri asas helmet keluaran mereka iaitu dari segi keselamatan, keselesaan dan rekabentuk premium.

A39FE18F-D573-4C88-9CF3-AE6CDBFD7C55

Apa yang menarik mengenai helmet terbaru ini, ianya mempunya ciri dari sudut keselamatan di mana ianya menggunakan teknologi optik dan elektronik yang dibangunkan oleh NS West di mana ianya boleh mengakses maklumat menerusi gerakan kecil mata. Helmet ini juga didatangi dengan sistem komunikasi ke telefon pintar menerusi sambungan bluetooth menggunakan aplikasi khas.

2E4DAC3E-7A73-4564-9A89-F77AF0AD643B

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.