Dengan negara berada dalam fasa peralihan ke endemik, kehidupan pun sudah hampir kembali seperti biasa. Namun tidak boleh dilupakan COVID-19 masih lagi berada di sekeliling kita.

Kebersihan diri perlu terus kekal dititikberatkan. Justeru itu, Shokubutsu memperkenalkan koleksi Natural Protection untuk melindungi kulit daripada kuman dan membantu mengimbangi mikrobiom kulit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jenama di sebalik produk pembersih kulit berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan dirumus khas untuk menghapuskan 99.9% kuman dengan bahan antibakteria semula jadi. Bukan sahaja sabun mandi, ia turut hadir dengan Protection Hand Wash.

Shokubutsu Natural Protection Hand Wash dengan 100% minyak shiso organik dan prebiotik tumbuhan, memberikan perlindungan semula jadi dan melindungi kulit daripada kuman serta membantu mengimbangi mikrobiom kulit. Ia juga diuji secara dermatologi dan didapati sesuai untuk semua jenis kulit.

“Walaupun Malaysia memasuki fasa endemik, kepentingan mencuci tangan secara kerap tidak boleh diabaikan kerana langkah ini adalah salah satu tindakan paling berkesan yang boleh anda ambil untuk membantu mengurangkan penyebaran patogen dan mencegah jangkitan, termasuk virus COVID-19,” terang Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn Bhd.

Shokubutsu Natural Protection Hand Wash boleh didapati dalam dua varian, Soothing Fresh (dengan Tea Tree) dan Protect (dengan Eucalyptus), terdiri dalam dua saiz yang mudah didapati iaitu dalam bentuk botol 450g (RM10.90) dan pek isian semula 300g (RM6.20).

Shokubutsu Natural Protection Hand Wash dan Body Wash boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar, farmasi terpilih atau beli secara dalam talian dengan penghantaran depan pintu di Lazada atau Shopee.

Berikut merupakan beberapa artikel yang paling dibaca di Vocket beberapa hari ini. Klik pada pautan di bawah.

Pawang Dakwa Dapat Lihat Dan Lukis Individu Sihir Ustaz Kazim Undang Perdebatan Netizen

Wanita Ini Cerita Pengalaman Tinggal Di ‘Bandar Hantu’ Forest City Johor Bahru

Ini Satu-Satunya Jenama Yang Kekal Sokong Johnny Depp Ketika Dia Diboikot Di Hollywood