Trend membeli barangan kini sudah berubah apabila lebih ramai yang gemar membeli barangan secara dalam talian sahaja. Lebih-lebih lagi dengan pandemik yang masih belum pulih sepenuhnya, ‘window shopping’ menerusi telefon pintar adalah aktiviti yang menyeronokkan di waktu terluang.

Jika anda suka membeli beg tangan atau aksesori bergaya sebagai ‘reward’ selepas penat bekerja, Shop My Luxury Bag adalah one stop centre untuk anda cari beg tangan preloved jenama mewah dari seluruh dunia.

Shop My Luxury Bag (SMLB) adalah platform jualan preloved mewah pertama di Malaysia yang menyajikan pelbagai barangan jenama antarabangsa antaranya Louis Vuitton, Dior, Coach, Longchamp dan banyak lagi.

SMLB juga tidak hanya terhad kepada hanya beg tangan tetapi item fesyen yang lain seperti kasut, aksesori, pakaian, jam tangan, gadget dan banyak lagi.

Penawaran produk cantik dan trendy di SMLB

Antara beg yang anda boleh beli pada harga mampu milik

SMLB bukan setahun dua bertapak di Malaysia. Sejak ditubuhkan pada 2015, SMLB menjadi hub peminat fesyen di Malaysia untuk mendapatkan beg tangan preloved dan brand new with tag (BNWT) untuk jenama-jenama besar dunia. Ada juga model beg yang tidak memasuki pasaran Malaysia boleh ditemui di SMLB!

Setiap barangan yang dipamerkan di SMLB adalah authentic dan dijual oleh penjual yang disahkan. Jadi, anda tidak perlu risau tentang keaslian setiap produk yang anda beli di SMLB.

Paling menarik, harga yang ditawarkan di SMLB adalah yang terbaik di pasaran; kadangkala anda temui beg idaman anda pada harga bawah harga pasaran tanpa cas tambahan atau tersembunyi.

Boleh atau tidak saya turut sama menjadi penjual di SMLB?

Jawapannya adalah ya, anda boleh menjual barangan anda di SMLB tetapi dengan syarat beg atau barangan yang anda mahu jual perlulah asli.

Cara untuk menjual di SMLB juga sangat mudah; anda hanya perlu rakam gambar beg anda dengan cantik dan SMLB akan bantu jualkan beg anda. SMLB mempunyai pembeli dan pengikutnya yang tersendiri. Jadi item anda mungkin terjual dalam masa yang cepat.

Muat turun aplikasi SMLB di telefon pintar anda!

Muat turun aplikasi SMLB untuk mula mencari beg idaman anda. Untuk pengguna Android, anda boleh tekan di sini dan untuk pengguna Apple di sini.

Luxury at your fingertips. Kini, segalanya di hujung jari. Anda juga boleh layari laman web rasmi SMLB di sini. Kekal tenang dan selamat shopping di SMLB!

Pengaruh siri Squid Game sangat kuat sehinggakan jualan kasut Vans berwarna meningkat 7,800%. Baca lagi pada pautan di bawah.

Permintaan Kasut Vans Slip-On Putih Meningkat 7,800% Kerana Squid Game

TMJ Peragakan G-Shock ‘Custom’ Unik Yang Bakal Jadi Buruan Peminat