Shopee baru sahaja mengemaskini halaman untuk para penjual mereka yang mana menyatakan akan menaikkan komisen terhadap para penjual bermula 10 Januari 2023 kelak.

Sebelum ini, Shopee sedia ada mengenakan caj sebanyak 2% untuk semua barangan yang dijual menerusi platform mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bermula 10 Januari 2023 kelak, para penjual bakal melihat peningkatan caj komisen yang mencapai antara 2.5% sehingga 4% bergantung kepada jenis dan kategori barang jualan.

Sumber Gambar: Shopee

Berdasarkan jadual yang disediakan, barangan elektronik akan dikenakan caj sebanyak 2.5% ke 4% caj komisen, barangan fesyen sebanyak 4%, barangan FMCG antara 3% ke 4%, dan barangan dibawah kategori gaya hidup antara 3.5% ke 4%.

Untuk makluman, caj ini adalah tanpa tambahan caj SST dan ia dilihat lebih tinggi apabila disertakan menerusinya. Caj ini akan dikenakan terhadap jualan barangan bermula 10 Januari 2023 kelak.

Sementara bagi para penjual dengan kurang 100 barangan terjual tidak akan dikenakan caj dan caj komisen ini tertakluk kepada penjual dengan jumlah lebih 100 barangan terjual sahaja.

Shopee mengatakan dengan peningkatan komisen ini, ia bakal membolehkan mereka beroperasi dengan lebih efektif termasuk dari segi khidmat pelanggan dan juga penambahan ciri baharu untuk para penjual kelak. Malah, penjual bakal diberikan lebih banyak pilihan penghantaran selepas ini.

Sumber