Muncul tiga tahun lewat berbanding Lazada bukan alasan buat Shopee untuk bersaing bersama Lazada. Lebih hebat, mereka berjaya menjadi antara laman e-dagang terbesar di Vietnam serta antara yang dominan di Asia Tenggara

Berjaya mengutip lebih 12 juta tempahan sempena jualan 12.12 serta 11 juta tempahan pada jualan 11.11 sekaligus menunjukkan peningkatan orang ramai terhadap platform ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengulas dari segi populariti, ramai yang menjangkakan Shopee mampu bergerak dengan lebih jauh lagi melihat kepada jumlah penggunanya yang semakin ramai dimana mereka berjaya mendominasi pasaran e-dagang di Vietnam mengalahkan The Gioi Di Dong. Selain itu, di Indonesia turut menunjukkan persaingan positif bersama pesaing seperti Tokepedia dan Bukalapak.

Tokopedia

Difahamkan rahsia disebalik peningkatan pengguna Shopee adalah pengalaman pembelian yang mudah. Tidak dilupakan juga promosi yang berterusan berjaya membuatkan orang ramai semakin tertarik untuk mendapatkan laman ini berbanding beberapa laman penjualan yang lain.

Melihat kepada trend pengguna yang mudah berbelanja serta mengakses laman mereka melalui telefon pintar, Shopee sejak dari awal lagi memfokuskan kepada penawaran yang terbaik buat pengguna telefon pintar berbanding desktop.

Berbincang mengenai barangan yang sering menjadi rebutan di Shopee, difahamkan platform ini berjaya didominasi oleh ruangan health & beauty serta mobile & accessories dimana orang ramai lebih cenderung mendapatkan barangan penjagaan kulit, kosmetik serta telefon pintar.

Sumber: Recycle Bin of a Middle Child

Setakat suku pertengahan 2018 sahaja, laman ini telahpun mengutip sebanyak 158.5 juta tempahan bernilai $2.7 bilion (RM11.28 bilion).

Mengulas lanjut mengenai pelan strategik Shopee menjelang 2019, pengarah urusan Shopee bercadang untuk memfokuskan kepada peningkatan rangkaian produk dalam meningkatkan lagi jumlah bilangan pengguna di dalam platform ini.

Gabungan kerjasama dengan beberapa syarikat terkemuka juga bakal dipertingkatkan agar platform ini terus kekal releven dalam menawarkan barangan yang menepati citarasa pengguna.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.