Bermula dengan sebuah laman web e-commerce, siapa sangka Shopee mampu menjadi laman pilihan kebanyakan rakyat Malaysia untuk berbelanja bermula daripada mendapatkan barang keperluan sehinggalah kepada mendapatkan kereta.

Terbaharu, Shopee telah bekerjasama dengan Maybank dan Visa dalam memperkenalkan sebuah kad kredit membolehkan pengguna menerima Shopee coins bukan sahaja melalui pembayaran secara atas talian malah melalui pembelian lain secara offline.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Photo 2 (4)

Nak tahu apa yang lebih menarik, kad kredit ini turut menawarkan Shopee coins sehingga 5 kali ganda menerusi kempen-kempen terpilih di Shopee merangkumi kempen Hari Raya Cina, jualan 9.9, 11.11 dan 12.12.

Khas buat anda yang berminat khususnya mereka yang kerap shopping di Shopee, kad kredit Maybank Shopee ini sedia untuk didapatkan bermula 1 Julai melalui pendaftaran pada laman rasmi Maybank.

Para pendaftar bakal turut menerima 5,000 Shopee coins yang boleh ditebus melalui pembelian melalui laman Shopee. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk jimat sambil berbelanja pada laman Shopee.

Ketahui juga cara-cara untuk memohon refund dari Shopee jika penjual berlengah menghantar barang anda. 

Ini Caranya Untuk Mohon ‘Refund’ Dari Shopee Jika Penjual Berlengah Menghantar Barang Anda

Kerana Cristiano Ronaldo, Jualan Shopee 9.9 Super Shopping Day Meningkat 3 Kali Ganda