Dengan peningkatan kos sara hidup pada ketika ini, ramai yang mahu membuat pinjaman menerusi alternatif selain bank. Banyak syarikat yang mahu menawarkan perkhidmatan ini kerana permintaan yang tinggi.

Shopee melihat potensi pasaran yang besar menerusinya lalu mahu menawarkan sebuah perkhidmatan pinjaman kewangan yang dinamakan sebagai SLoan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Amanz

Melalui SLoan ini, ia memberikan akses kepada pinjaman kewangan yang disahkan dalam masa tempoh 24 jam. Seperti servis pinjaman lain, setiap pengguna bakal menerima jumlah had pinjaman yang berbeza bergantung kepada penggunaan.

SLoan juga mempunyai caj-caj pemprosesan, penalti lewat bayaran sebanyak 8% kadar faedah dan sebagainya. Shopee dilihat memperkenalkan SLoan ini secara berperingkat kepada pengguna melalui aplikasi Shopee.

Suka diingatkan, orang ramai mestilah menyemak pelbagai terma dan syarat terlebih dahulu. Pastikan anda mendahulukan keperluan asas daripada kemahuan kerana hutang boleh menjerat anda.

Sumber