Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

“Aku kena tipulah,” seorang rakan merungut. “Tak maulah shopping di sana lagi.”

“Aku beli di Lazada dah 8 kali, OK ja,” jawab rakan yang lain.

Berapa ramai yang pernah berada di dalam situasi pertama. Berapa ramai pula yang membeli-belah di Lazada tanpa banyak masalah?

Kenapa saya suka Lazada?

Secara peribadi, saya telah menjadi pengguna sejak 2013.

Sepanjang tempoh ini, sudah 6 kali saya tolong belikan telefon bimbit untuk ahli-ahli keluarga di Lazada.

Semasa jualan Online Revolution pada akhir tahun lepas, saya kepoh mencanang telefon Redmi Note 3 yang dijual hanya pada harga RM499. Seronoknya, seorang kawan membeli secara diam-diam, dan apabila kami bertemu, dia beritahu dia sangat gembira dengan smartphone yang baru sahaja beliau dapat.

Barangan rumah seperti mop dan magic pan, pula, jangan katalah, heaven!

(Magic pan Dessini ini sudah beberapa kali saya beli. Tebal, kedap udara, memasak jadi sedap. Memang best! Mula-mula beli untuk diri sendiri. Tak sangka, ibu, makcik dan sepupu pun suka, maka saya ‘ditugaskan’ untuk membantu mereka. Sempena CNY ini, harganya cuma RM68.90 sahaja. Dapatkannya di sini!)

Amat senang memahami kenapa saya suka membeli belah di Lazada. Majoriti barangan memang jauh lebih murah berbanding di kedai.

Paling seronok, ianya mudah, tak perlu keluar rumah, dan dengan tenang dapat memilih dan membandingkan harga dan ciri-ciri barangan untuk membuat pembelian terbaik.

Bagaimana membeli dengan selamat di Lazada?

Selain itu, saya yakin ianya selamat.

Kenapa saya yakin? Kerana setelah 20-30 transaksi (mungkin lebih) selama 3 tahun ini, mungkin hanya 1 hingga 2 kali saya mengalami masalah.

Tetapi untuk mencapai tahap ini, ada beberapa perkara perlu anda lakukan.

1. Hanya pilih penjual yang mempunyai rating.

Lazada adalah sebuah marketplace yang kadang kala tidak terlepas daripada penjual ‘jahat’.

Untuk memilih penjual baik, pilih hanya mereka yang mempunyai rating.

Selepas membuat carian, susun hasil carian menggunakan ‘Rating: High to Low’.

Seperti dikatakan tadi, hanya pilih penjual yang mempunyai rating.

Dalam contoh di bawah, item 3 dan 4 tidak mempunyai bintang, maknanya ia tidak mempunyai rating. Maka, saya akan abaikan item 3 dan 4.

2. Berapa banyak reviu?

Lihat berapa bintang yang diberikan kepada item yang anda pilih. Berapa banyak reviu?

5 bintang tidak bermakna item itu adalah baik. Ini kerana bilangan reviu lebih penting untuk memastikan ianya satu ulasan yang tulen.

Lazimnya, saya hanya akan memberi lebih pertimbangan kepada item yang memiliki lebih daripada 3 komen.

Dalam contoh di bawah, saya hanya akan memeriksa lebih dalam item 2, dan abaikan yang lain.

Lebih banyak komen lebih baik.

Dalam contoh di bawah, 2 item yang dibulatkan adalah calon yang sangat baik.

3. Baca maklumat produk dengan teliti.

Baca maklumat produk dengan teliti. Di Lazada, saya pernah terjumpa ada penjual yang menjual penyedut hampagas pada harga sangat murah, tetapi, tanpa wayar pengecas.

Ramai pembeli mengadu di ruangan komen, tetapi penjual tersebut sebenarnya berlaku jujur kerana semua maklumat ditulis dengan terang dan nyata di ruangan maklumat. Hanya, pembeli terlepas pandang.

Apabila harga sangat murah berbanding penjual-penjual lain, berhati-hatilah. Ia mungkin tidak memenuhi keperluan atau jangkaan anda.

4. Ruang komen yang penting.

Ruangan komen sangat-sangat membantu. Kebanyakan keputusan saya disandarkan kepada ruangan komen.

Adakah barangannya baik? Adakah barangan sesuai untuk anda? Adakah ia satu pembelian berbaloi? Adakah barangan hanya akan jadi sampah setelah dibeli? Adakah ianya cepat rosak/patah? Adakah ianya produk asli? Adakah ianya waranti Malaysia atau antarabangsa? Adakah barangan cepat sampai? Adakah saya akan melompat-lompat gembira setelah dapat barang?

Ini adalah soalan-soalan yang wajar. Untuk item yang mempunyai banyak reviu/komen, kebanyakan persoalan ini sudah terjawab.

Ambil masa untuk membaca satu per satu komen yang ditulis.

Andai komen seperti di bawah, adakah anda akan meneruskan pembelian?

5. Verified buyer

Di Lazada, mereka yang menulis reviu dipecahkan kepada ‘registered user’, ‘verified buyer’ dan tanpa status (‘guest’).

Lebih banyak komen daripada ‘verified buyer’ lebih bagus.

Menggunakan contoh yang sama dengan tip 4, anda boleh lihat barangan ini tidak begitu disukai oleh pembeli tulen (verified buyer).

Dalam satu kes, saya pernah lihat 7 komen daripada ‘registered user’ dan ‘guest’ memuji-muji produk yang dijual. Agak sukar hendak mempercayainya kerana komen yang hype, lagi-lagi tiada komen langsung daripada ‘verified buyer’.

6. Beli dari kedai rasmi.

Ada beberapa jenama membuka ‘official store’ atau kedai rasmi di Lazada. Sebagai contoh, Xiaomi membuka Mi Store. Kedai-kedai begini, boleh dipercayai. Mereka juga lazimnya dapat lebih banyak pendedahan di Lazada.

Lihat di bawah, link ke Mi Store wujud di laman utama Lazada.

Dan ini pula, promosi hebat Mi Store yang sedang berlangsung. Xiaomi Redmi 4A 16GB pada harga RM449 sahaja, dapatkannya sekarang!

7. Fulfilled by Lazada

Fulfilled by Lazada bermaksud barangan itu sudah berada di gudang Lazada dan proses penghantaran akan diuruskan oleh mereka.

Cara pembelian ini berisiko rendah, malah anda boleh abaikan tip 1 hingga 5.

Menggunakan contoh seperti di tip 6, Fulfilled by Lazada boleh dilihat di belah kanan laman web (seperti dibulatkan).

Dapatkan Xiaomi Redmi 4A 16GB pada harga RM449 sahaja, di sini!

8. Cash on delivery

Cash on delivery (COD) adalah satu pilihan baik disediakan oleh Lazada.

Andai ini adalah kali pertama atau anda masih takut-takut membeli secara online, saya sangat sarankan anda mencubanya. Ketika awal-awal saya terjebak dengan pembelian maya pun, saya menggunakan kaedah ini.

COD bermaksud anda boleh membuat bayaran hanya apabila barangan yang dibeli sampai di pintu rumah.

Kaedah ini boleh dipilih semasa hendak memilih ‘payment option’

Dengan COD, anda boleh abaikan tip nombor 1 hingga 5 (tanpa bayaran, tanpa risiko, kan?)

Sila ambil perhatian, metod ini tidak semestinya disediakan untuk semua barangan (seperti contoh di atas).

9. Penghantaran

Setelah membuat tempahan dan memilih ‘payment option’, anda akan diberi jangkamasa bila barangan akan sampai.

Ketika ini anda harus mengikuti perkembangan bungkusan anda di laman web kurier.

Andai selepas 2/3 hari tempahan anda masih belum diproses, selalunya ia tidak memberi makna yang baik. Hubungi Lazada atau pihak kurier untuk mendapatkan kepastian.

Dari pengalaman saya, untuk barangan ‘Shipped from Malaysia’, gabungan penjual yang baik dan kurier yang baik selalunya dapat menghantar barangan pada hari ketiga.

Barangan ‘This Item Ships From Overseas’ pula mengambil masa 3 hingga 4 minggu (atau lebih) untuk sampai.

10. Batalkan pembelian dan minta pemulangan wang

Dalam kebanyakan pembelian, barangan Lazada dihantar cepat, kadang kala lebih cepat daripada status penghantaran di laman web kurier.

Maka, apabila tiada perubahan status selama 2 hari atau lebih, lazimnya meresahkan saya. Adalah baik untuk menelefon terus pihak kurier ketika ini untuk bertanyakan status terbaru.

Jarang sangat saya terdesak sehingga harus telefon.

Tetapi ada satu kes di mana, sudahlah status ditulis ‘Problem’, apabila saya telefon pula, ianya tidak pernah dijawab. Telefonlah 3 ke 4 kali, ianya amat menghampakan, (Skynet, you’re suck!) Selama beberapa hari, barangan tersangkut di status ‘Problem’ dan saya hanya dapat gigit jari.

Cukuplah! Setelah 2 kali menghadapi status ‘Problem’ untuk tempahan yang sama, terus sahaja saya e-mail pihak Lazada meminta pembatalan, urusan pemulangan wang dibuat segera. Memang saya harus puji Lazada bab ini, kerana urusan pembatalan dan pemulangan wang adalah sangat mudah. Tak banyak soal!

Esoknya, saya mendapat panggilan, “Kakak, saya hantar parcel dari Lazada. Saya sudah ada di depan rumah kakak.”

Terperanjat, saya menjawab, “Eh, bukahkah saya sudah batalkan pembelian? Tak mahulah saya terima.”

“OK,” terus sahaja abang motor berlalu pergi. Bab penghantaran, Lazada memang harus perbaiki.

Nampak sangat pihak kurier tidak kemaskini status terbaru dengan Lazada.

Andai anda tidak berpuas hati dengan barangan yang sudah dibuka pun, Lazada ada proses pemulangan yang teratur.

11. Gunakan kad kredit

Ini, bagi saya, adalah barisan pertahanan paling akhir. Setakat ini saya tidak pernah gunakannya, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu pilihan ini ada.

Sebelum itu, suka saya ingatkan, jangan terjebak dengan hutang kad kredit. Bayar penuh setiap bulan apabila bil sampai. Hanya orang gila bayar caj minima dan sanggup pening kepala menghadap compound interest setiap bulan.

Ok, berbalik kepada tip shopping, sebelum anda gunakan tip ini, lebih elok anda menghubungi pihak Lazada, kurier atau lain-lain untuk berbincang dahulu.

Andai mereka tidak dapat menyelesaikan masalah anda, baru gunakan tip ini. Hubungi pihak kad kredit, dan minta mereka buat chargeback.

Chargeback boleh digunakan apabila timbul pertikaian akibat barangan tidak seperti yang digambarkan, rosak/ pecah, palsu, salah saiz, terma kontrak seperti polisi pemulangan atau jaminan wang kembali tidak seperti dijanjikan, dan lain-lain.

Anda akan ditanya beberapa soalan, dan sekiranya tuntutan anda berjaya, anda berpeluang mendapatkan wang anda semula.

Tuntutan mestilah dilakukan dalam tempoh 120 hari selepas pembelian atau penghantaran dibuat.

Hubungi pihak kad kredit untuk mengetahui bagaimana mereka boleh membantu.

Penutup

Lazada tidak sempurna dan banyak lagi perkara harus dibaiki. Satu perkara paling penting mereka harus lakukan adalah untuk memberi wajaran (weightage) lebih kepada item yang mempunyai lebih banyak reviu.

Amat pelik untuk melihat item 5 bintang tetapi baru diulas 2 kali mendapat tempat lebih tinggi berbanding item 4 bintang yang sudah diulas 57 kali. Algoritma harus diubah agar ianya tulen dan lebih membantu pelanggan membuat keputusan.

Apa pun, ini tidak menghalang saya (dan anda) untuk membuat pembelian di Lazada. Dapat barang baekkk pada harga murah, siapa tak nak, kan?

Selamat membeli belah, dengar-dengar, iPhone 7 dijual murah di Lazada sempena Tahun Baru Cina.

Atau, anda boleh beli 7 barangan rumah termasuk penghawa dingin di sini.

Jangan lupa, ikuti Vocket pada Jumaat depan untuk lebih banyak pro tip shopping.

Artikel di atas disumbangkan oleh Loud & Mute. Boleh ikuti beliau di sini. Pautan artikel asal.

Anda Mungkin Suka