Sudahkah anda merancang destinasi percutian bersama keluarga untuk cuti sekolah akhir tahun ini? Jika belum, kami ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. Sebelum itu untuk pengetahuan anda, cuti sekolah akhir tahun akan bermula pada 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018. Satu tempoh yang agak lama. Ini masa untuk anda merancang jadual percutian anda.

Buat para ibu bapa yang masih tercari-cari destinasi mana yang baik untuk bawa anak-anak bercuti, kami cadangkan untuk melawat The Shore Oceanarium Melaka. Destinasi ini bukan sahaja menyeronokkan untuk anak, malah boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka terhadap hidupan laut.

The Shore Oceanarium ini antara salah satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka, ia merupakan hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka. Di sini terdapat pelawat boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut disamping mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut. Untuk ibu bapa, boleh jadikan The Shore Oceanarium sebagai destinasi bercuti sambil belajar untuk anak anda.

1

Gambar: Oceanarium Melaka.

3

Gambar: Oceanarium Melaka.

2

Gambar: Oceanarium Melaka.

Selain dapat melihat hidupan laut dengan lebih dekat, The Shore Oceanarium menawarkan banyak aktiviti menarik yang lain. Antaranya adalah seperti aktiviti Junggle Quest, Ocean Journey, Dangerous Marine Species yang mana ia mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya, Kampung Penyu serta banyak lagi. Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Untuk ke sini, anda boleh terus menuju ke The Shore Shopping Complex dan The Shore Oceanarium ini terletak di tinggkat dua. Waktu operasi pula adalah bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 9.00 malam. Manakala harga tiket pula di tawarkan pada harga RM25.00 untuk kanak-kanak dan RM35.00 untuk dewasa.

4

Gambar: Oceanarium Melaka.

5

Gambar: Oceanarium Melaka.

6

Gambar: Oceanarium Melaka.

Sebenarnya sangat menarik untuk berkenalan dengan hidupan laut, hidupan laut merupakan anugerah semula jadi yang tidak terperi cantiknya dan mereka masih kekal sebagai satu misteri besar dalam kehidupan manusia.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤