Sekiranya anda mengikuti Instagram syarikat Apple, pastinya anda cukup tahu dengan gaya penjenamaan syarikat ini yang sering berkongsi gambar yang diambil pengguna iPhone melalui hashtag #ShotoniPhone.

Pada kali ini, perkongsian Apple melalui pengguna @dinnyaiman mendapat perhatian netizen khususnya netizen tempatan selepas sebuah kampung yang terletak di Perlis iaitu Kampung Sahabat berjaya dikongsi oleh akaun dengan 21 juta pengikut ini.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Berdasarkan perkongsian @dinnyaiman, beliau mengambil gambar ikonik ini pada 13 November sebelum dihubungi pihak Apple pada 26 November untuk dikongsikan. Mengulas mengenai model iPhone yang digunakan, beliau nampaknya menggunakan iPhone 7 Plus bagi mendapatkan gambar yang penuh dengan penceritaan ini.

Para netizen tempatan juga nampaknya sangat berbangga dengan pencapaian lelaki ini yang berjaya termasuk dalam perkongsian gambar Instagram Apple. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai perkongsian tersebut.

Screenshot 2019-12-26 at 8.24.31 PM

Screenshot 2019-12-26 at 8.23.41 PM

Sebelum ini, perkongsian gambar Masjid Sri Sendayan Seremban yang diambil menggunakan iPhone 11 Pro berjaya membuatkan netizen teruja. Turut dikongsikan, usaha baik lelaki ini yang menghadiahkan iPhone buat bapanya.

Lihat Masjid RM100 Juta Sri Sendayan Seremban Yang Diambil Dengan iPhone 11 Pro

Belum Mampu Beri Menantu, Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu

Anda Mungkin Suka