Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kalau anda sudah lama dalam scene skate dan kasut di Malaysia, anda pasti kenal sangat dengan butik SHOWROOM ini. Dengan reputasi kedai ini di kalangan sneakerheads, mereka berjaya membuat kolaborasi bersama jenama antarabangsa Vans untuk koleksi yang super cool ini.

Koleksi ‘2130’ mengambil inspirasi dari waktu 9.30 malam, di mana waktu ini adalah waktu kebiasaan untuk para skaters bermain skate disebabkan waktu malam yang tidak begitu panas dan timing paling baik selepas balik bekerja.

Model Sk8-Hi dan Old Skool dipilih untuk kolaborasi ini. Material 3M reflective digunakan dan tambahan Velcro strap di bahagian tepi untuk pemakai menambah rekaan checkerboard jika mahu. Awesome concept!

Koleksi Vans X Showroom ini mendapat reaksi positif dari sneakerheads antarabangsa. Tidak pasti sama ada kasut ini akan dijual secara edisi terhad atau tidak. Yang pasti ianya akan berada di pasaran 9 Disember ini di butik SHOWROOM Times Square. Save the date guys!

showroom-vans-21-30-sk8-hi-old-skool-2

showroom-vans-21-30-sk8-hi-old-skool-4

showroom-vans-21-30-sk8-hi-old-skool-3

showroom-vans-21-30-sk8-hi-old-skool-6

showroom-vans-21-30-sk8-hi-old-skool-5

showroom-vans-21-30-sk8-hi-old-skool-7

showroom-vans-21-30-sk8-hi-old-skool-8

  • SUMBER
  • HB

Anda Mungkin Suka