Sejak pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissudin pada 9 Ogos tahun lalu ternyata meninggalkan kesan mendalam buat Shuib yang terpaksa membesarkan 4 orang anaknya tanpa insan tersayang di sisi.

Selepas pemergian insan tersayang, Shuib juga kerap digosipkan dengan beberapa selebriti atau usahawan wanita di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Akhirnya Shuib memberitahu bahawa anak-anaknya mula memberi petunjuk ingin ibu baharu supaya dapat menjaga dan menjadi peneman mereka.

Menurut laporan Gempak, Shuib juga mengatakan hatinya sudah bersedia untuk memulakan kehidupan dengan pasangan yang baru buat dirinya dan ibu kepada anak-anaknya setelah kehilangan insan yang tersayang.

Bekas anggota Sepahtu tersebut juga berkongsi ciri-ciri seorang ibu kepada anak-anaknya lebih penting daripada ciri-ciri seorang isteri untuk dirinya. Tetapi baginya kalau mendapat seseorang wanita yang memahami dan serasi dengannya adalah satu kelebihan buatnya.

Sementara itu, Shuib juga mengatakan dia perasan anak-anaknya seperti mahunya mencari pengganti buat ibu mereka tetapi buat masa sekarang belum ada rasa nak berkongsi mengenainya.

Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas melahirkan anak keempat, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti Covid-19 pada masa itu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).