Tidak lama lagi, umat Islam akan mula berpuasa dengan kehadiran bulan Ramadan. Mesti ada daripada anda yang takut tidak terjaga untuk sahur, bukan?

Percaya atau tidak jika kami katakan ada yang mengambil kesempatan ini untuk menawarkan perkhidmatan kejut sahur? Pastinya, ini satu kemudahan buat mereka yang sukar bangun pagi untuk sahur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menjengah ke Shopee, kami mendapati ada beberapa pakej perkhidmatan kejut sahur khas buat mereka yang ‘single’ dengan menelefon ataupun menghantar pesanan. Menariknya, harga ditawarkan tidaklah mahal iaitu bermula dari RM2 sehingga RM50 bergantung pada perkhidmatan yang dimahukan.

Menerusi butiran-butiran yang diberikan, ada juga peniaga menawarkan pakej istemewa kepada pelanggan iaitu pakej perkhidmatan mesej dan telefon dengan panggilan manja seperti baby atau sayang.

Bukan itu sahaja, para pelanggan turut boleh menetapkan waktu untuk mereka dikejutkan bangun sahur, namun waktu itu tidak boleh diubah selepas melanggan. Jika anda tertarik untuk mencuba perkhidmatan ini, bolehlah menjengah ke Shopee dan membuat tempahan dengan klik di sini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Bersedia Eksport Karipap’- Netizen Bangga Siri Mechamato Terima Sambutan Hangat Di Jepun

Bengang Penyakit Isteri Jadi ‘Bahan Gurauan’, Will Smith Tampar Chris Rock Di Anugerah Academy