Sebut sahaja laksa, pelbagai jenis laksa boleh didapati di Malaysia seperti asam laksa, laksa kari, laksa Johor, laksa Sarawak dan banyak lagi. Mana satu ‘favourite’ laksa anda?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @andy_cooks telah berkongsi video resipi memasak kari laksa dan dapat dilihat dalam video tersebut dia menggunakan pes laksa buatan Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@andy_cooks

Babe wanted curry laksa for lunch. #foodtok #cooking #food #fypシ

♬ Paris – 斌杨Remix

Bukan itu sahaja, bahan-bahan yang digunakan juga lengkap seperti kari laksa di Malaysia. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu menggunakan lesung untuk menumbuk bahan-bahan masakan.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali rakyat Malaysia dan rata-rata terpegun dengan cara mat saleh itu memasak kari laksa.

Malah, segelintir netizen mengatakan resipi yang digunakan lelaki itu hampir sama dengan resipi kari laksa sedia ada buatan tempatan. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut terkejut kerana lelaki itu menggunakan batu lesung untuk menumbuk bahan masakan.

Para netizen turut memuji skil lelaki terbabit dan mengatakan laksa kari buatannya kelihatan sedap. Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan mendapat lebih 100 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Mat Saleh Tular Jual Nasi Lemak RM3, Habis Dalam Masa 2 Jam

Bekas Lokasi ‘Shooting’ Filem Senario, Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Resort Mewah Yang Terbengkalai

Sunyi Sepi Seperti ‘Ghost Town’, Netizen Sedih Lihat Keadaan Terkini Pasar Wang Kelian