Setiap kali ada kenderaan baharu dilancarkan di Malaysia, Genting Highlands pasti menjadi ‘lokasi wajib’ untuk menguji kemampuan  kenderaan berkenaan memanjat kawasan berbukit setinggi 1,865 meter itu.

Terbaharu, pemilik pertama Perodua Alza 2022, ‘Abang Gan’ daripada portal PanduLaju telah menunaikan permintaan orang ramai yang memintanya memandu MPV baharu itu menaiki Genting Highlands dengan seorang ‘tetamu istimewa’ — YS Khong, salah seorang figura automotif tempatan dan bekas pemandu rali profesional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video berkenaan Perodua Alza serba baharu itu dimuatkan dengan kapasiti penuh seramai 6 orang. Walaupun berat kenderaan bertambah, namun ‘Uncle YS Khong’ tenang memandu MPV tersebut dengan cekap dan profesional hasil pengalamannya sebagai Juara Rali Malaysia 5-Kali.

Perkongsian video itu telah mendapat pujian dan ucapan terima kasih daripada warganet yang sudah lama ternanti-nantikan ‘jawapan’ sama ada Perodua Alza 2022 larat untuk menaiki Genting Highlands.

Sumber Gambar: YouTube Pandu Laju
Sumber Gambar: YouTube Pandu Laju
Sumber Gambar: YouTube Pandu Laju

Semua persoalan anda mengenai Perodua Alza 2022 hampir terjawab di dalam video berdurasi hampir 18 minit itu. Anda boleh tonton penuh video tersebut yang kami kongsikan di atas.

Pelbagai tips dan pesanan yang dikongsikan oleh ‘Uncle YS Khong’ dan ‘Abang Gan’ kongsikan sepanjang perjalanan pandu uji mereka menaiki Genting Highlands.

Paling penting sekali kata mereka berdua, sentiasa memandu secara bersopan dan berhemah kerana kita berkongsi laluan yang sama dengan pengguna jalan raya lain.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebelum ini YS Khong pernah ‘lenjan’ Perodua Ativa dan Proton Saga dengan penuh bergaya. Tonton video-video berkenaan melalui pautan di bawah.

Lihat Bekas Pemandu ‘Rally’ Lenjan Perodua Ativa Naik Genting Highlands

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands

‘Ini Barulah Presiden Kelab Sebenar’ – Pemilik Pertama Perodua Alza 2022 Raih Perhatian Netizen