Pihak berkuasa bandar Cordoba di Argentina menggali ratusan kubur bagi mempersiapkan diri dengan angka kematian akibat COVID-19 yang dijangka akan bertambah.

Pihak berkuasa tempatan menyiapkan kubur walaupun perintah penguncian secara meluas telah berjaya membendung jumlah jangkitan baru di negara Amerika Latin itu.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Penggali kubur di San Vicente di pinggir Cordoba merancang untuk menambah 250 kubur lagi. “Mereka menambahkan kubur, kebiasaannya lima atau enam lubang sehari, namun kini ia menjadi dua kali ganda,” kata Setiausaha Perhubungan Awam Kota Buruh dan Organisasi Pekerja Cordoba, Damiin Bizzi, kepada Reuters.

Argentina telah bergerak secara agresif untuk melawan penyebaran wabak yang berasal dari Wuhan, China. Kerajaan juga telah mengeluarkan perintah penguncian secara meluas di seluruh negara sejak pertengah bulan lalu.

Kerajaan Argentina juga telah menutup sempadan bagi membendung penyebaran wabak ini. Negara Amerika Latin itu kini mempunyai lebih dari 2,200 jangkitan dan 95 kematian di negara itu.

Cordoba, yang menjadi kota terpadat kedua setelah Buenos Aires, melaporkan sekurang-kurangnya 206 kes COVID-19 dengan lima kematian, menjadikannya wilayah paling teruk terjejas.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah

70 Vaksin Wabak COVID-19 Telah Dibangunkan, 3 Sudah Diuji pada Manusia

Saintis Jangka Penjarakan Sosial Perlu Diteruskan Hingga Tahun 2022

Anda Mungkin Suka