Proton akhirnya melancarkan gambar rasmi X50, sebuah crossover SUV yang dinanti-nantikan oleh peminat Proton.

Terdahulu, sebuah video Hari Kemerdekaan ke-63 Malaysia daripada Proton menampilkan Proton X50 sekaligus memberi bayangan model ini bakal dilancarkan dalam tidak lama lagi.

1080x1080_digital-article
HYPE
Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Baca lagi →

Melalui satu perkongsian yang dibuat oleh laman rasmi Facebook Proton, keterangan gambar menyatakan, “Bersiap sedialah untuk terpesona dengan penampilannya yang anggun dan prestasi yang tiada banding.”

Be prepared to be mesmerised by its sleek looks and unmatched performance. PROTON’s highly anticipated SUV will be…

Posted by Proton Cars on Friday, 11 September 2020

“SUV PROTON yang sangat dinanti-nantikan akan bergabung dalam barisan Intelligent kami tidak lama lagi. Persoalannya, adakah anda sudah bersedia?”

Difahamkan, Proton X50 bakal menawarkan enjin 1.5 liter turbo. Harga yang bakal ditawarkan adalah sekitar RM75,800 sehingga RM103,800. Dalam pada itu, orang ramai masih lagi menantikan harga rasmi yang bakal diumumkan Proton kelak.

Kehadiran Proton X50 dijangka bakal memberi saingan kepada beberapa jenama yang hadir dengan harga yang setara seperti Perodua dan Honda.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Proton X50 Bakal Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM75,800?

Proton Beri Bayangan X50 Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi Melalui Teaser Terbaru

Anda Mungkin Suka