Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Siapa yang tidak kenal dengan G-Dragon? Ahli dan juga ketua daripada kumpulan ternama BIG BANG ini cukup disegani di industri kerana bakatnya dalam bidang muzik. Untuk para VIP, kami ada berita gembira untuk anda!

Setelah 3 tahun menyepi, idol kesayangan ramai ini dikhabarkan bakal mengeluarkan album solo tidak lama lagi. Pastinya para peminat sangat teruja dengan berita ini.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →
mgid_arc_content_mtvasia

SUMBER: MTV ASIA

Menurut sumber media, G-Dragon pada 2 November lalu dilaporkan sedang sibuk menyiapkan album solo terbarunya dan berita ini turut juga disahkan oleh YG Entertainment.

Walaupun beliau sudah tamat latihan ketenteraan, bintang yang cukup disegani itu sudah lama menyepikan diri. Album solo terakhir dari G-Dragon adalah ada tahun 2017 manakala lagu terakhir dari BIG BANG pula adalah pada tahun 2018.

View this post on Instagram

🏀💙✨

A post shared by 권지용(權志龍) (@xxxibgdrgn) on

Bertahun telah berlalu, sudah pasti muzik mereka dirindui oleh para peminat. Tidak hairanlah kemunculan semula The King of K-POP ini disambut dengan sangat baik!

Rata-rata VIP dan peminat G-Dragon sendiri melahirkan rasa gembira mereka menerusi laman sosial tentang kemunculan kembali komposer dan penyanyi hebat ini.

BIGBANG5

SUMBER: 90DAYKOREAN.COM

Lagu dan konsep apakah yang bakal ditonjolkan oleh G-Dragon pada kali ini? Sama-sama kita nantikannya!

Sementara menunggu lagu terbaharu dari G-Dragon, apa kata anda baca cerita-cerita terbaharu dari artis KPOP yang lain di Vocket. KLIK pada pautan di bawah ini!

Pernah Hidup Susah, Hoshi SEVENTEEN Tawar Biasiswa Bernilai RM84,403 Untuk Pelajar Sekolah

Kumpulan K-Pop Baru ‘aespa’ Bawa Konsep Berbeza Dengan Gabungan Ahli Virtual Dan Realiti

Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga

Anda Mungkin Suka